Sejarah London_Overground

Templat:Infobox Rail companies

Latar belakang

Perkhidmatan kereta api di Great Britain diuruskan melalui sistem franchis dan dijalankan oleh beberapa buah syarikat keretea api swasta, bawah jenama National Rail. Walau bagaimanapun London Underground bukan salah satu perkhidmatan National Rail kerana diuruskan oleh Transport for London (TfL).

Satu skema perintis telah dilancarkan pada tahun 2003 untuk menjenamakan semua perkhidmatan kereta api National Rail di kawasan London sebagai Overground Network. Melalui skim ini, TfL menyediakan paparan maklumat kereta api yang konsisten, papan tanda stesen dan peta-peta perkhidmatan di kawasan-kawasan terpilih di sekitar London Selatan. Langkah ini menunjukkan keberkesanan TfL untuk mengambilalih perkhidmatan National Rail di London, walaupun skim ini telahpun diberhentikan.

Pada Januari 2004, Jabatan Pengangkutan mengumumkan ulasan mengenai industri kereta api United Kingdom.[3] Sebahagian ulasan itu menyentuh tentang cadangan Transport for London untuk menubuhkan suatu "Perbadanan Kereta Api Serantau London", supaya TfL berkuasa terhadap perkhidmatan kereta api dalam kawasan Greater London.[4]

Perundingan telah dibuat bagi memindahkan pentadbiran asal franchis kereta api Silverlink ke dalam pentadbiran TfL. Ini merupakan hanya satu-satunya langkah untuk mewujudkan perbadanan kereta api serantau London.[5]

Franchis Silverlink merangkumi dua perkhidmatan kereta api iaitu Silverlink County (perkhidmatan dari Euston ke Northampton, St Albans Abbey, Bletchley dan Bedford); dan Silverlink Metro (menyediakan perkhidmatan dalam kawasan bandar London). Pada tahun 2007, setelah francis ini diambil alih, perkhidmatan kereta api Silverlink County dipindah masuk dalam francis London Midland[6], manakala perkhidmatan kereta api Silverlink Metro diletakkan bawah TfL.

Kenyataan terawal

Pada 20 Februari 2006, Jabatan Pengangkutan telah mengumumkan bahawa TfL akan mengambilalih perkhidmatan Silverlink Metro.[7] Tender-tender dipelawa daripada kontraktor berpotensi untuk menguruskan perkhidmatan ini yang diberi nama sementara Kereta Api London Utara. Pada 5 September 2006, pengumuman jenama London Overground telah dibuat, dan juga Laluan London Timur dan projek pemanjangannya turut disahkan untuk dimasukkan dalam perkhidmatan ini.

Pelancaran

Kereta api Capitalstar 378017 Kelas 378 di Richmond pada 26 September 2009.

Pada 11 November 2007, TfL secara rasminya mengambil alih perkhidmatan kereta api Kereta Api London Utara, yang merupakan francis Silverlink Metro. Upacara perasmian secara rasmi diadakan di Hampstead Heath oleh Ken Livingstone, Datuk Bandar London pada waktu itu dengan sidang media diadakan di platform stesen Willesden Junction yang sudah tidak digunakan.

Pelancaran ini diiringi dengan kempen pemasaran bertemakan "set kereta api baru London". Poster-poster dan risalah-risalah dengan gambar model kereta api yang mengandungi kereta api Overground yang baru, landasan kereta api dan pekerja-pekerja.[8]

Sejak mula-mula lagi TfL telah memberi pengubahsuaian terhadap perkhidmatan itu dengan menambah kekerapan perkhidmatan kereta api, meletakkan pekerja-pekerja di semua stesen, menambah baik kemudahan-kemudahan yang ada di semua stesen, memulakan perkhidmatan gerabak-gerabak kereta api (rolling stock) yang baru dan juga menambah kemudahan pembayaran tambang menggunakan kad Oyster.[9]

Semua stesen telah diselenggara dan diberi rupa baru[10] serta identiti jenama Silverlink dibuang. Papan tanda stesen diganti baru dengan menggunakan piawai korporat TfL misalnya penggunaan fon Johnston.[10][9]

Pada 15 April 2009, platform-platform di Stratford yang menyediakan perkhidmatan ke laluan London Utara telah dipindahkan ke platform aras tinggi (platform 1 dan 2) daripada platform lama yang terletak di aras rendah. Platform lama ini diubahsuai untuk menyediakan perkhidmatan Docklands Light Railway ke Stratford International yang bakal dibuka pada awal tahun 2011. Platform 1 dan 2 merupakan platform tengah yang mesra kerusi roda. Platform ini bersambung dengan platform 12 dan menyediakan laluan bawah tanah untuk ke platform 3–11.

Manakala pada 27 September 2009, Imperial Wharf dibuka dalam perkhidmatan laluan London Barat. Stesen ini terletak di antara stesen Tube West Brompton dan Clapham Junction.

Pemanjangan laluan London Timur

Proses menempatkan jejambat landasan kereta api Overground baru di Shoreditch High Street

Pada 27 April 2010, laluan London Timur dijadikan sebahagian rangkaian London Overground setelah pemanjangan Fasa 1 laluan ini disiapkan.[11] Laluan London Underground terdahulu telah dipanjangkan (yang merentasi jejambat stesen Broad Street ke stesen Dalston Junction yang dibuka semula ke arah utara; dan dari Crystal Palace ke West Croydon ke arah selatan) menggunakan landasan Laluan Utama Brighton yang sedia ada.Perkhidmatan percubaan terhad mula dijalankan dari Dalston Junction ke New Cross / New Cross Gate[12]. Hanya pada 23 Mei, perkhidmatan lengkap dari Dalston Junction ke West Croydon/Crystal Palace mula dijalankan.[13]

Rujukan

WikiPedia: London_Overground http://www.alwaystouchout.com/project/3 http://www.alwaystouchout.com/project/66 http://londonreconnections.blogspot.com/2009/07/fi... http://www.hemscott.com/news/latest-news/item.do?n... http://www.journeycheck.com/londonoverground http://londonist.com/2009/07/in_pictures_mayor_unv... http://frumin.net/ation/2008/11/what_i_did_last_su... http://web.archive.org/20070704224047/www.london.g... http://web.archive.org/20090122054153/www.london.g... http://web.archive.org/web/20040509165548/http://i...