Biografi Luna_Lovegood

Luna merupakan ahli Ravenclaw dan setahun dengan Ginny Weasley. Luna mula diperkenalkan dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, di dalam Ekspres Hogwarts. Apabila tiada lagi gerabak lain yang kosong bagi Harry, Ginny dan Neville Longbottom, Ginny mengajak mereka ke gerabak yang diduduki Luna. Apabila Ron Weasley dan Hermione Granger menyertai mereka kemudiannya, sikap Luna menunjukkan yang dia mungkin menyukai Ron. Beliau menghabiskan masa di dalam kereta api dengan membaca senaskhah majalah bapanya, penerbitan yang Hermione dapati isinya sangat meragukan.

Luna mempunyai rambut perang kotor yang berjurai-jurai ke paras pinggang dan mukanya sentiasa kelihatan kalut. Matanya digambarkan "keperakan" dan "kabur", menunjukan yang menkin matanya berwarna kelabu pucat. Matanya juga dikatakan agak tersembul yang menambahkan lagi keanehan rupanya.

Penampilannya yang aneh menyebabkan dia terasing dari pelajar Hogwarts lain, tetapi dia seolah-olah tidak peduli apa yang difikirkan orang lain tentang dirinya; beliau menyedarinya tetapi seakan-akan tidak terasa walaupun digelar "Lovegood Tiga Suku". Rakan sekelasnya sering mencuri barangnya dan menyembunyikannya memandangkan perkara tersebut menggelikan hati mereka. Apabila dia memberitahu Harry Potter akan hal tersebut secara bersahaja, dia tetap meraih simpati. Harry menjadi berang apabila mendengar orang mencuri barangan Luna dan menawarkan diri untuk membantunya tetapi Luna menolak dengan mengatakan yang barang-barang tersebut akan balik akhirnya. Luna adalah orang yang percaya akan cerita Harry tentang Lord Voldemort ketika orang lain menentangnya.

Ketika tahun keempatnya, beliau menyertai Tentera Dumbledore (T.D.) yang kemudian Harry dapati pada mulanya persembahan beliau agak tidak sekata. Harry mengetuai beliau, Hermione, Ginny, Ron dan Neville ke Jabatan Misteri, yang kemudian mereka diserang oleh sekumpulan Death Eater dan Luna kemudian tidak sedarkan diri.

Luna mendakwa mampu mendengar suara di balik tabir misteri yang seolah-olah memisahkan antara hidup dan mati di Bilik Kematian di Jabatan Misteri. Harry juga mampu mendengarnya (Neville dan Ginny juga seperti mereka juga dipengaruhi tabir itu), dan Luna percaya yang orang mati, termasuk ibunya dan Sirius Black, berada di balik tabir tersebut. Apabila beliau menerangkan ini kepada Harry, yang dirundung kesedihan dan kekecewaan yang teruk dengan kematian Sirius, Harry berasa lebih lega.

Di sebalik keanehannya dan kepercayaannya yang karut dan pelik, Luna juga kelihatan waras, malah dia juga ahli rumah Ravenclaw yang menunjukkan beliau juga bijak.

Dalam tahun kelimanya, Luna dijemput Harry untuk menghadiri parti Krismas Profesor Slughorn memandangkan perempuan yang Harry minati, Ginny Weasley, mempunyai teman lelaki. Harry, walau bagaimanapun, jelas menunjukkan jemputannya hanyalah sebagai kawan memandangkan ramai pelajar sekolah meminatinya kini dan risau sekiranya itu akan menjadi ancaman kepada Luna. Perkara itu jelas kerana jemputan itu membuatkan banyak gadis lain cemburu tetapi menggembirakan Ginny, yang menzahirkan kegembiraannya pada Harry. Dalam parti tersebut, Harry mendapati yang Luna kelihatan elok dengan baju berlabuci keperakan dan lega beliau tidak memakai anting-anting lobaknya ataupun rantai gabus bir butter. Dalam babak tertentu, beliau turut menyatakan yang perjumpaan T.D. "ibarat mempunyai kawan". Walaupun Harry sukakan Luna yang menanggalkan segala barang kemas anehnya, dia masih tidak selesa dengan aspek personalitinya yang terlalu berterus terang.

Pada tahun yang sama, Profesor McGonagall melantik Luna untuk menjadi pengganti sementara Lee Jordan sebagai pengulas perlawanan Quidditch sekolah. Ketika bertugas, dia sering lalai dan fikirannya terawang-awang dan mengulas perkara lain kepada penonton seperti bentuk awan yang aneh, adakah Ginny Weasley itu baik dan juga kebolehan Zacharias Smith yang tidak mampu menjaga Quaffle diibaratkan dengan simpton penyakit. Sesetengah penonton mengejeknya, McGonagall seolah-olah tidak tahu hendak berbuat apa, dan orang yang biasa dengannya hanya tergelak terbahak-bahak. Ulasannya yang bukan biasa membolehkan Ron memenangi perlawanan, yang pada mulanya mendapati Luna adalah pelik tetapi mula menerimanya setelah mendengar ulasan perlawanan tersebut. (J.K. Rowling, secara kebetulan, gemar menjadikan Luna sebagai pengulas memandankan perlawanan tersebut adalah perlawanan Quidditch terakhir dalam siri tersebut.)

Apabila Death Eater menyerang Hogwarts pada penghujung buku keenam, Luna adalah antara ahli T.D. yang berusaha membantu mempertahankan sekolah. Selepas pertarungan, beliau turut menghadiri pengkebumian Albus Dumbledore bersama Neville. Di sana, dia dilihat membantu Neville ke kerusinya. Pada pengkebumian tersebut, Harry notes mendapati yang dia dan Neville berdua sahaja ahli T.D. (selain Ron, Hermione, dan Ginny) yang menjawab panggilan syiling untuk membantu. Harry mendapati kemungkinan mereka berdua sentiasa kesepian dan mungkin sentiasa memeriksa syiling tersebut untuk mendapat tahu sekiranya akan ada perjumpaan T.D. lagi.