Masakan_Cina_Kanada

Masakan Cina Kanada adalah suatu gaya masakan popular eksklusif untuk kedai makan bawa pulang atau makan di dalam yang didapati di seluruh Kanada. Ia adalah bentuk pertama makanan Cina yang boleh didapati secara komersial di Kanada. Gaya makanan ini telah direkacipta oleh para pendatang Kantonis yang menyesuaikan resipi Cina tradisional dengan cita rasa Barat. Ini biasanya memerlukan masa masakan, ramuan dan kaedah persediaan diubah supaya masakan itu lebih menyenangkan dengan selera Kanada. Masakan ini dikembangkan di samping dengan versi yang mirip di Amerika Syarikat.