Masakan_Kantonis
Masakan_Kantonis

Masakan_Kantonis

Masakan Kantonis berasal dari wilayah Guangdong (Kanton) di selatan China[1] dan merupakan salah satu daripada Lapan Tradisi masakan Cina. Masakan Kantonis amat terkenal di luar negara China kerana ramai sekali penghijrah awal yang keluar dari Guangdong. Tukang masak Kantonis amat dicari-cari di seluruh China.[2] Apabila orang Barat menyebut masakan Cina, lazimnya yang dimaksudkan adalah masakan Kantonis.[2]