Minuman Masakan_Sarawak

Teh C Peng Special

Minuman bukan alkohol

“Teh C Peng Special” ialah minuman teh popular di Sarawak. Namanya yang berasal dari bahasa tempatan untuk ais ("peng") dengan susu sejat ("C"). Teh ini adalah ramuan teh ais, susu sejat dan gula apong (gula nira sawit), dengan teliti dibentuk tiga atau lebih lapisan.[28] Bermula dari Kuching, popularitinya telah merebak ke kawasan-kawasan lain di Sarawak dan Sabah. Sarawak juga popular dengan White lady. White Lady ialah ramuan ais sagat dengan susu sejat, jus mangga, longan dan nanas. Dicipta pada tahun 1975 oleh penjaja Kuching, pelbagai variasi boleh didapati di pelbagai gerai penjaja di seluruh bandar.[29]

Minuman alkohol

Tuak ialah sejenis minuman beralkohol tradisional kepada masyarakat Dayak Sarawak. Ia dibuat dengan beras pulut atau campuran beras wangi dan beras pulut atau hanya beras wangi. Proses membuat tuak melibatkan penapaian beras yang dimasak di mana kanji dalam beras ditukar menjadi gula yang kemudiannya ditapai untuk menghasilkan alkohol. Walau bagaimanapun, tidak ada konvensyen atau takrif yang diterima mengenai apa yang dikatakan tuak. Tuak pada asasnya adalah minuman beralkohol yang dihasilkan dengan apa-apa yang mengandungi karbohidrat, selagi ia dibuat di Sarawak oleh orang Sarawak.[30] Tuak biasanya dihidangkan sebagai minuman menyambut tetamu, dan sebagai komponen penting untuk acara kebudayaan dan acara perayaan seperti Gawai dan Krismas.

Satu lagi jenis minuman beralkohol yang lebih kuat dipanggil langkau, yang mengandungi kandungan alkohol yang lebih tinggi kerana ia sebenarnya terbuat daripada tuak yang telah disuling di atas api untuk mendidihkan alkohol, disejukkan dan dikumpulkan ke dalam bekas. Bidayuh juga menggunakan kaedah penyulingan untuk membuat "arak tonok", sejenis moonshine. Bidayuh khususnya dikenali kerana kemahiran dan kepakaran mereka dalam pembuatan tuak: bahan-bahan untuk varian tuak termasuk tebu (tepui), tampoi (buah liar dengan rasa manis dan masam), nanas dan epal. Tepui ialah minuman beralkohol yang hampir sama dengan tuak. Kerana ia dibuat daripada jus tebu, minuman beralkohol ini adalah minuman halus dan menenangkan, berbanding tuak dan langkau. Biasanya, orang Bidayuh minum tepui selepas makan malam.

Rujukan

WikiPedia: Masakan_Sarawak http://www.borneohornbillfestival.com/2008/01/bhf2... http://ireport.cnn.com/docs/DOC-991397 http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/... http://www.fz.com/content/unravelling-delicacies-m... http://www.pullman-kuching.justbookhotel.com/what-... http://www.newsarawaktribune.com/news/7557/A-uniqu... http://sarawaktourism.com/media_centre/the-making-... http://blog.sarawaktourism.com/2012/08/sarawak-top... http://www.theborneopost.com/2010/06/07/sarawak-%E... http://www.theborneopost.com/2010/11/18/%E2%80%98u...