Sejarah Master_System

Pembangunan konsol Master System bermula setelah Sega menyedari akan sambutan yang tidak begitu memberangsangkan bagi konsol pertama mereka iaitu Sega SG-1000. Dari konsol SG-1000, Sega mengeluarkan beberapa lagi variasi iaitu SC-3000 yang dikhususkan untuk komputer dan SG-1000 II yang dikemaskini. Sega juga bercadang untuk melancarkan variasi ketiga untuk konsol SG-1000 yang diberi nama Mark III[5].

Selepas pelancaran konsol Mark III di Jepun, Sega melakukan sedikit ubahsuai pada konsol ini yang akhirnya konsol Mark III bertukar nama kepada Master System dan dilancarkan di kawasan Amerika Utara serta Eropah dan Brazil[6]. Konsol Master System yang diubahsuai daripada Mark III ini juga dilancarkan kembali di Jepun.

Sega berdepan dengan masalah tidak banyak permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini kerana polisi Nintendo pada ketika itu yang tidak membenarkan pembangun permainan video membangunkan permainan video selain daripada konsol NES. Perkara ini menyebabkan kesukaran untuk mencari pembangun permainan video untuk menghasilkan permainan video yang berkualiti untuk konsol ini[7].