Master_System
Master_System

Master_System

Sega Master System (bahasa Jepun: セガマスターシステム, Romaji: Sega Masutā Shisutemu) (juga dikenali sebagai SMS) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar permainan video Sega. Pada asalnya, ianya dilancarkan sebagai Sega Mark III di Jepun. Selepas reka bentuk konsol ini diubahsuai untuk pasaran Amerika Utara, konsol ini diberi nama Master System dan dilancarkan pada tahun 1986 di kawasan Amerika Utara, tahun 1987 di Eropah dan tahun 1989 di Brazil. Konsol yang diubahsuai juga dilancarkan di Jepun pada tahun 1987.Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol SG-1000 dan merupakan pesaing utama kepada konsol Nintendo Entertainment System dalam generasi ketiga[2]. Walaupun konsol ini memiliki spesifikasi yang lebih canggih berbanding konsol NES, konsol ini tidak mampu menyaingi jualan konsol NES di Jepun dan Amerika Utara. Namun begitu, jualan konsol Master System lebih berjaya di kawasan Eropah dan Brazil. Tidak banyak permainan video dikeluarkan untuk konsol ini kerana polisi Nintendo yang tidak membenarkan pembangun permainan video membina permainan video selain daripada konsol NES[3].Sehingga tahun 2015, konsol Master System merupakan konsol yang paling lama bertahan di dalam pasaran kerana kepopulariti di Brazil[4].

Master_System

Media Katrij ROM, kad Sega
CPU Zilog Z80 (8-bit) berkelajuan 3.58 MHz (NTSC) atau 3.54 MHz (PAL)
Pengilang Sega
Generasi Generasi ketiga
Ketersediaan runcit Oktober 1985 (Mark III)[1]
Jun 1986
Oktober 1987
September 1987
September 1989[1]
Jenis Konsol permainan video