Mat_Rempit
Mat_Rempit

Mat_Rempit

Istilah Mat Rempit mula diperkenalkan oleh wartawan Wan Kamarulzaman (Wan K)[perlu rujukan] melalui edisi siasat yang merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motosikal kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Walau bagaimanapun, istilah ini asalnya diperkenalkan oleh Kartunis Halim Hassan melalui Majalah Motosikal Malaysia iaitu Roda Roda yang diterbitkan pada 1998.[perlu rujukan] Watak Mat Rempit ialah nama kepada watak kartun rekaannya yang sebenarnya merujuk dirinya sendiri. Beliau masih aktif melukis kartun pada hari ini walaupun jarang diterbitkan. Minah Rempit pula merupakan seorang pelumba perempuan, atau kawan perempuan Mat Rempit. Mat Rempit juga diberi gelaran rasmi sebagai samseng jalanan oleh Kerajaan Malaysia. Kebanyakan Mat Rempit menjalankan aktiviti berlumba haram, dan ada juga yang menjalankan aktiviti menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit dikatakan terlibat dengan kegiatan samseng atau gangsterisme, rompak berkumpulan,[1][2] pergaduhan, laku musnah, mencuri, mengambil dadah, dan menjadi pembuli jalanraya. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak mematuhi piawaian, ataupun sudah banyak diubahsuai. Bahkan, ada Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen yang sah, tidak membayar cukai jalan dan menunggang motosikal yang dicuri.[3][4] Kini, taman perumahan turut ditukar menjadi litar lumba haram oleh Mat Rempit.[5] Perkara ini menyebabkan para penduduk taman perumahan membuat bonggol-bonggol jalan untuk mencegah dan menghalang Mat-Mat Rempit berlumba dikawasan perumahan mereka. Dianggarkan di Malaysia, terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.[6] Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.Mat-Mat Rempit yang rata-ratanya para remaja akan beraksi pada waktu senja, tengah malam atau selepas ibu bapa mereka pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan berjumpa kawan, membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Kebanyakan ibu bapa tidak tahu atau buat-buat tidak tahu akan aktiviti haram anak-anak remaja mereka. Ada ibu bapa yang tinggal diluar kota, tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke bandar Kuala Lumpur.[perlu rujukan]Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur, jalan yang popular dengan aktiviti haram ini ialah Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa orang remaja belasan tahun.[perlu rujukan]Istilah Mat Rempit dan Minah Rempit lebih kerap dipakai untuk penunggang berbangsa Melayu di Malaysia. Hal ini juga membangkitkan rasa kurang senang oleh masyarakat Islam kerana "Mat" & "Minah" lebih rapat dengan nama junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ibunya Aminah yang kerap diberi nama timangan "Mat" dan "Minah" bagi anak-anak Melayu Islam yang diberi nama seperti junjungan besar ini. Kumpulan ini menuntut supaya perkataan Mat dan Minah digugurkan, dan hanya menggunakan perkataan "Rempit".[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Mat_Rempit http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://ohtidak.com/2008/12/oh-nasib-si-mat-rempit-... http://star-motoring.com/blog/permalink.asp?id=23 http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/M... http://www.sinarharian.com.my/dunia-rempit-ibarat-... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sem...