Masuria (
Bahasa Poland: Mazury;
Bahasa Jerman:
Masuren (
bantuan·
maklumat)) ialah sebuah kawasan di
Poland Timur Laut yang pada hari ini termasyhur kerana
2,000 buah tasiknya.Antara
abad ke-11 hingga
abad ke-13, wilayah ini dihuni oleh
orang Prusia Lama, juga dikenali sebagai orang Prusia Baltik,
sekelompok etnik yang menghuni di
Prusia. Prusia terletak di pantai tenggara
Laut Baltik di sekitar
Lagun Vistula dan
Lagun Curonia. Orang Prusia Lama bertuturan bahasa yang kini di kenali sebagai
bahasa Prusia Lama dan menganuti
agama yang dipercayai oleh sarjana moden sebagai berkait rapat dengan
paganisme Lithuania. Walaupun mereka memiliki nama entiti politik
Jerman abad ke-19, mereka bukannya orang "Jerman". Orang Prusia Lama memeluk
agama Katolik antara akhir
abad ke-13 dan
abad ke-14 selepas
ditaklukkan oleh
Sateria Teuton, lalu memeluk agama
Protestantisme pada awal
abad ke-16. Antara
abad ke-15 hingga
abad ke-19, wilayah ini merupakan sebahagian
Duchy Prusia, lalu menjadi sebahagian
Kerajaan Prusia dan akhirnya menjadi sebahagian
Empayar Jerman. Selepas
Penyatuan Jerman pada
1871, dasar
Penjermanan mencuba menghapuskan asal-usul
linguistik Prusia Lama dan
bahasa Poland. Disebabkan oleh
Ketentuansuara Prusia Timur selepas
Perang Dunia I, Masuria menjadi sebahagian
Republik Weimar yang diasaskan pada
1919. Selepas
Perang Dunia II pula, wilayah ini menjadi sebahagian
Poland, dengan penduduk tempatannya
diusir atau kemudian meninggalkan wilayah ini dengan rela.Pada hari ini,
ekonomi Mazuria bergantung sebahagian besarnya kepada
ekopelancongan dan
pertanian. Kesemua 2,000 buah tasik yang menyebabkan kawasan ini termasyhur menawarkan berbagai-bagai
sukan air, dan kegiatan cuti.