Penyokong Melaka_United_F.C.

Melaka United merupakan kelab yang paling di sokong di Melaka. Penyokong tradisional Melaka United hadir dari kalangan penduduk di sekitar Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Terdapat juga pelbagai kelab penyokong di Melaka dan Malaysia.

Ultras Taming Sari (UTS) adalah antara penyokong tegar bagi kelab Melaka United dan secara umum untuk kelab-kelab bola sepak di negeri Melaka merangkap sekutu Ultras Malaya (UM) di negeri berkenaan. Ditubuhkan secara rasmi pada 11.1.2011 di Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) di mana misi UTS adalah bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak Melaka yang sebelum ini semakin merundum semenjak jatuh ke Liga FAM.

Persaingan

Melaka United mempunyai sejarah lama persaingan dengan kelab-kelab negeri dan daerah-daerah sekitar Selangor, Negeri Sembilan and Johor[6][7][8].