Kegunaan Meringue

Pavlova, pencuci mulut berdasarkan meringue dan ikon masakanĀ Australia dan New Zealand.

Meringue dimakan seperti biskut yang dibakar pada suhu yang sangat rendah untuk masa yang lama.[8] Ia tidak sepatutnya kelihatan "gelap" sama sekali, tetapi ia perlu sangat garing dan kering. Ia akan bertahan sekurang-kurangnya seminggu jika disimpan dalam bekas kedap udara yang baik

Meringue boleh digunakan sebagai asas untuk pelbagai pencuci mulut termasuk pai, kek, makaron, pavlova, dan puding. Dalam sesetengah resipi, ia boleh dimasak pada suhu yang lebih tinggi jika mengikut resipi tetentu untuk jangka waktu yang lebih pendek lalu menghasilkan bahan akhir yang lembut dengan puncak sedikit keperangan di atasnya. Masakn ini boleh digunakan untuk perhiasan, di mana ia boleh dibentuk menjadi bentuk yang pelbagai seperti cendawan, atau dipaip menjadi bakul rangup yang dibakar dan diisi kemudian dengan kek, buah, atau bunga.