Mezzo-soprano

Suara LelakiKaitanMezzo-soprano dalam bahasa Itali bermaksud "soprano perantaraan", ialah penyanyi wanita yang lingkungan suaranya terletak di antara suara soprano dan alto. Suara mezzo-soprano kebiasaannya memanjang dari A di bawah C tengah hingga ke dua A di atas oktaf (contohnya A3-A5 dalam notasi pic saintifik, di mana C tengah = C4). Suara mezzo-soprano secara umumnya adalah lebih berat dan bernada kelam berbanding dengan suara penyanyi soprano. Namun jika dibandingkan dengan penyanyi alto (juga dikenali sebagai kontralto), resonan suara mezzo-soprano adalah lebih tinggi lingkungannya.Istilah Dugazon dan Galli-Marié (diambil dari nama 2 penyanyi terkenal Louise-Rosalie Lefebvre dan Célestine Marié) kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada suara mezzo-soprano ringan. Suara penyanyi kastrato yang berada dalam lingkungan suara mezzo-soprano dikenali sebagai mezzo-soprano kastrato atau mezzista. Penyanyi mezzo-soprano kebiasaannya adalah peranan wanita ke-2 untuk opera kecuali beberapa opera seperti karya Georges Bizet berjudul Carmen, peranan Rosina hasil karya penggubah Gioacchino Rossini untuk opera The Barber of Seville dan beberapa lagi.Peranan lazim untuk penyanyi mezzo-soprano termasuklah sebagai ahli sihir, jururawat, wanita yang pintar seperti peranan Azucena dalam opera karya Verdi yang berjudul Il trovatore. Penyanyi mezzo juga kerap diberi peranan sebagai lelaki muda (berpakaian dan bergaya seperti lelaki, dalam bahasa Inggeris dipanggil trouser role) seperti peranan Cherubino, hasil karya penggubah Mozart untuk opera berjudul Le Nozze di Figaro dan juga sebagai watak wanita bersikap dengki seperti peranan Amneris dalam opera gubahan Verdi berjudul Aida .Penyanyi mezzo-soprano amat dikenali dan mahsyur untuk lagu-lagu era barok, muzik-muzik awal dan opera era barok. Mereka kerapkali berlakon untuk peranan soubret (salah satu jenis suara soprano) jika bunyi suara dramatik diperlukan. Pada masakini, penyanyi kontralto juga dikira sebagai mezzo-soprano.