Mikroorganisma (daripada
Bahasa Yunani: μικρός, mikrós, "kecil" dan ὀργανισμός, organismós, "organisma") atau
mikrob ialah
organisma yang seni, biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Kajian tentang mikroorganisma dikenali sebagai
mikrobiologi, satu bidang yang bermula dengan penemuan mikroorganisma oleh
Anton van Leeuwenhoek pada
1675 dengan menggunakan
mikroskop reka bentuk sendiri.Mikroorganisma sangat berbeza-beza dan merangkumi:Sesetengah ahli mikrobiologi juga merangkumkan
virus sebagai mikroorganisma, tetapi ahli mikrobiologi yang lain tidak menganggap virus sebagai
hidupan.
[1][2] Kebanyakan mikroorganisma berbentuk ekasel (sel tunggal), tetapi ciri ini tidak sejagat kerana sesetengah organisma multisel juga berbentuk mikroskopik, manakala sesetengah protis dan bakteria ekasel (misalnya
Thiomargarita namibiensis) berbentuk
makroskopik dan dapat dilihat dengan mata kasar.
[3]Mikroorganisma hidup di semua bahagian
biosfera yang memiliki
air cecair, termasuk:Mikroorganisma sangat penting kepada pengitaran semula
nutrien di dalam
ekosistem kerana ia bertindak sebagai
pereput. Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya
mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada
kitar nitrogen, dengan kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa mikrob bawaan udara mungkin memainkan peranan yang penting dalam
kerpasan dan
cuaca.
[4]Mikrob juga digunakan oleh ahli
bioteknologi, baik dalam
penyediaan makanan dan minuman mahupun dalam teknologi moden berasaskan
kejuruteraan genetik. Bagaimanapun,
mikrob patogen adalah berbahaya kerana ia menyerang dan tumbuh di dalam organisma yang lain lalu mengakibatkan
penyakit yang membunuh berjuta-juta orang, haiwan, dan tumbuhan.
[5]