Kegunaan Milo_(minuman)

Milo sejuk selepas dikacau. Satu lapisan Milo terletak di atas yang kemudian dimakan dengan sudu teh.

Milo ditambahkan pada susu, baik panas mahupun sejuk, untuk memberikannya rasa coklat bermalt dan textur yang lebih. Apabila dicampurkan dengan susu sejuk, ia mengekalkan textur mentahnya yang kasar, manakala apabila dicampurkan dengan susu panas, ia mencipta satu lapisan milo beku yang timbul di atas cawan dan yang disukai oleh sesetengah peminum. Lagi satu kegunaan yang popular adalah untuk menaburkan serbuk Milo ke atas aiskrim, khususnya aiskrim vanila.

Juga amat popular ialah "Milo Magik" yang melibatkan penambahan Milo pada sejumlah kecil susu dan gula. Campuran itu turut diputar untuk meningkatkan kandungan udara dalam susu supaya dapat menggandakan isi padunya. Sedikit susu panas kemudian ditambah dan dikacau dengan kuat-kuat untuk mengekalkan keringanannya. Perbuatan tersebut diulangi sehingga gelas hampir penuh. Akhirnya, selapis krim putar ditambah, dengan sedikit Milo atau percik coklat ditaburkan ke atasnya. Ini lebih merupakan minuman 'suam', bukannya minuman 'panas', dan merupakan versi Milo panas yang lebih popular untuk kanak-kanak.

Milo yang dikilangkan di luar Australia disesuaikan berasaskan kaedah penyediaan tempatan. Di Ghana, ia dicampurkan dengan air panas atau sejuk, bukannya susu, dengan arahan "Tambahkan susu dan gula, jika perlu."