Muesli
Muesli

Muesli

Muesli atau Müesli (daripada perkataan bahasa Jerman Mues, "campuran") ialah hidangan sarapan pagi dan tengah hari[1] berasaskan emping oat mentah serta bahan-bahan lain seperti bijian, buahan segar atau kering, biji benih dan kekacang, yang mungkin dicampur dengan susu lembu, susu soya, susu badam, susu tumbuhan lain, yogurt mahupun jus buah-buahan. Makanan ini dicipta oleh seorang doktor Swiss bernama Maximilian Bircher-Benner untuk para pesakit di hospitalnya sekitar tahun 1900. Muesli boleh didapati siap dibungkus kering ataupun dibuat secara segar.Penduduk di Switzerland dan Jerman juga memakannya sebagai hidangan malam yang ringan iaitu Birchermüesli complet, yakni muesli dengan butterbrot (sandwic Jerman terbuka berasaskan roti mentega) dan kopi susu.