Muhammad_Ali
Muhammad_Ali

Muhammad_Ali

Muhammad Ali (lahir Cassius Marcellus Clay, Jr.; 17 Januari 1942 - 3 Jun 2016) ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, dianggap antara peninju heavyweight terhebat dalam sejarah sukan ini. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya.[8] Beliau juga telah dinobatkan sebagai "Sportsman of the Century" oleh Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century" oleh BBC.[9][10]Pada umur 22 tahun, beliau memenangi kejuaraan heavyweight dunia pada 1964 menewaskan Sonny Liston dalam satu keputusan yang mengejutkan. Tidak lama selepas pertarungan itu, pada 6 Mac 1964, pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad telah mengumumkan bahawa jaguh tinju itu telah menyertai mereka dan menukar namanya kepada Muhammad Ali. Beliau memasuki Islam Ahli Sunah Waljamaah pada 1975.Digelar "The Greatest" (Yang Terhebat), Ali terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah.[11] Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974), di mana beliau mendapat kembali gelaran yang dilucutkan kerana enggan menyertai pengerahan ke Perang Vietnam tujuh tahun sebelumnya.Pada 1999, anaknya Laila Ali telah meneruskan tradisi bapanya untuk menjadi peninju wanita Islam pertama, walaupun bapanya sebelum itu tidak bersetuju.[12] Sehingga bersara pada akhir 2000-an, Laila tidak pernah kalah dalam kategori super middleweight, dengan 24 kemenangan.[13]Ali meninggal dunia pada 3 Jun 2016 (tiga hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak) pada usia 74 tahun akibat kejutan septik dan penyakit Parkinson, serta sakit tua di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat.

Muhammad_Ali

Tinggi 6 ka 3 in (191 cm)[1]
Menang 56
Berat (timbang) Heavyweight
Cara berdiri Ortodoks
Nama gelaran The Greatest
The People's Champion
The Louisville Lip
Nama sebenar Cassius Marcellus Clay
Seri 0
Lahir pada (1942-01-17)17 Januari 1942
Warganegara Amerika Syarikat
Kalah 5
Menang melalui KO 37
Tiada perlawanan 0
Capaian 80 in (203 cm)
Tempat lahir Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
Jumlah perlawanan 61

Rujukan

WikiPedia: Muhammad_Ali http://www.9news.com.au/world/2016/06/05/06/23/muh... http://www.abc.net.au/news/2016-06-09/muhummad-ali... http://www.cbc.ca/radio/undertheinfluence/achilles... http://history1900s.about.com/od/people/a/muhammad... http://www.ali.com/ http://www.aljazeera.com/news/2016/06/muhammad-ali... http://www.amazon.com/dp/B000R7HY5K http://www.americanheritage.com/articles/magazine/... http://www.articleclick.com/Article/Boxing-Legend-... http://bleacherreport.com/articles/1238737-the-50-...