Sejarah N

Salah satu hieroglif berupa ular di Mesir Purba digunakan untuk membawa bunyi huruf J seperti dalam perkataan "jari", kerana perkataan Mesir bagi "ular" berbunyi djet. Dipercayai bahawa bangsa Semitik di Mesir menyesuaikan hieroglif untuk mereka abjad terulung, dan oleh itu menggunakan lambang ular bagi bunyi N, kerana perkataan mereka bagi "ular" mungkin sekali bermula dengan konsonan berkenaan. Namun, nama huruf ini alam abjad Phoenicia, Ibrani, Aramia dan Arab berbunyi nun, iaitu "ikan" dalam sesetengah bahasa tersebut. Huruf ini berbunyi /n/ - seperti dalam abjad-abjad Yunani, Etruscan, Latin dan kesemua bahasa moden.

Hieroglif Mesir bagi 'J'N Proto-SemitikN PhoeniciaN EtruscanNu Yunani