Sejarah Nalanda

Penubuhan universiti dan zaman kegemilangan Gupta

Beberapa kajian sejarah menyatakan Universiti Nalanda diasaskan ketika pemerintahan seorang Raja yang bernama Śakrāditya.[8] Kedua-dua sami Buddha terkenal Xuanzang and Prajñavarman juga menyatakan Raja yang sama sebagai pengasasnya, ini dikukuhkan lagi dengan penemuan satu mohor diraja di tapak runtuhan universiti ini.[3]

Seperti yang diterangkan oleh ahli sejarah Sukumar Dutt, sejarah Universiti Nalanda boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama--pertama, zaman perkembangan, pembangunan dan pencapaiannya dari abad ke-7 hingga ke-9, ketika ia didominasi oleh tradisi budaya liberal yang diwarisi dari zaman Gupta; kedua, zaman kemerosotan sehingga membawa kepada kemusnahan sepenuhnya dari abad ke-9 hingga ke-13--satu era yang juga menyaksikan perkembangan pesat fahaman Tantrisme dalam Buddhisme di timur India.[9]

Zaman Kerajaan Pala

Beberapa biara besar telah dibina ketika zaman Kerajaan Pala di Bengal dan Magadha purba. Menurut sumber Tibet, terdapat lima Mahavihara ("biara agung") yang didirikan : Vikramashila yang juga merupakan universiti utama ketika itu, Nalanda, Somapura, Odantapuri dan Jaggadala.[10] Kelima-lima biara ini ditadbir oleh kerajaan Pala, ia membentuk satu jaringan institusi yang saling berhubung dan berkoordinasi. Sarjana-sarjana terkenal juga saling bertukar-tukar posisi di kelima-lima biara ini.[11]

Bagaimanapun, ketika zaman kerajaan Pala, Nalanda sebagai sebuah institusi telah menjadi kurang terkenal berbanding lain-lain institusi Pala yang berkemungkinan besar menarik kebanyakan sarjana-sarjana keluar dari Nalanda.[9]

Zaman Kejatuhan

Pada tahun 1193, Universiti Nalanda dijarah oleh penakluk Turki Islam Bakhtiyar Khilji;[12] peristiwa ini dilihat oleh ramai sarjana sebagai petanda terakhir zaman kejatuhan Buddisme di India. Ahli sejarah Parsi Minhaj-i-Siraj, dalam kronikal beliau Tabaquat-I-Nasiri, melaporkan yang beribu-ribu sami dibakar hidup-hidup dan ribuan lagi dipancung dalam usaha Khilji menghapuskan Buddhisme dan menyebarkan agama Islam;;[13] pembakaran perpustakaan Nalanda berterusan selama beberapa bulan dan asap dari pembakaran manuskrip menyelubungi angkasa selama berhari-hari melitupi bukit-bukit.[14]

Penguasa di Nalanda yang terakhir, Shakyashribhadra, melarikan diri ke Tibet pada tahun 1204 M atas jemputan penterjemah berbangsa Tibet, Tropu Lotsawa (Khro-phu Lo-tsa-ba Byams-pa dpal). Di Tibet, beliau memulakan pentahbisan zuriat bagi keturunan Mulasarvastivadin untuk melengkapi kedua-dua yang sedia wujud.

Apabila seorang penterjemah Tibet Chag Lotsawa (Chag Lo-tsa-ba, 1197–1264) melawan Nalanda pada tahun 1235, beliau mendapati ia telah dirosakkan dan dijarah, beliau juga ada melihat seorang guru yang berusia 90 tahun, Rahula Shribhadra, sedang mengajar sebuah kelas dengan 70 pelajar.[15][16] Ketika zaman Chag Lotsawa, terdapat beberapa lagi pencerobohan dilakukan tentera Turki di kawasan ini, menyebabkan baki pelajar yang masih ada melarikan diri. Di sebalik semua ini, sisa komuniti Buddha yang semakin lemah meneruskan perjuangan mereka meski dengan sumber yang terhad sehingga tahun 1400 apabila Chagalaraja dikatakan Raja yang terakhir menjadi penaung Nalanda.[17]

Menurut sejarawan, Ahir, kemusnahan kuil, biara dan pusat pengajian di Nalanda dan utara India adalah menjadi penyebab kepada tamatnya pemikiran saintifik India purba dalam matematik, astronomi, kimia dan anatomi.[18]

Menurut beberapa sejarawan India, terdapat juga tekanan diberikan oleh masyarakat India sendiri ke atas Nalanda sepanjang abad ke-10.[19] Dalam buku beliau Social History of India, sejarawan Sadasivan menyatakan, "sejumlah besar manuskrip dari perpustakaan universiti telah dibakar oleh golongan Trithikas kerana perasaan dengki dan cemburu ke atas pusat pengajian tersebut.[19]

Rujukan

WikiPedia: Nalanda http://www.berzinarchives.com/web/en/archives/e-bo... http://www.buddhisminindia.com/buddhism-destinatio... http://books.google.com/?id=9jb364g4BvoC&printsec=... http://books.google.com/?id=Be3PCvzf-BYC&printsec=... http://www.nalandaopenuniversity.com/images/about.... http://www.nytimes.com/2006/12/09/opinion/09garten... http://www.nalanda.nitc.ac.in/about/NalandaHeritag... http://nalanda.bih.nic.in/history.html //doi.org/10.1163%2F1568527952598657 http://books.google.co.uk/books?id=7s19sZFRxCUC&pr...