Nasi_Padang
Nasi_Padang

Nasi_Padang

Nasi Padang ialah nasi putih yang disajikan dengan pelbagai macam lauk pauk khas Indonesia. Nasi Padang merujuk pada Kota Padang, ibu bandar wilayah Sumatera Barat. Nasi Padang ialah sebuah hidangan yang disajikan secara lengkap secara bufet dengan daging, ikan, sayuran, dan makanan pedas dimakan dengan nasi putih, yang merupakan komoditi eksport paling terkenal dan masyarakat Minangkabau mempunyai sumbangan yang besar untuk masakan Indonesia.[1]Restoran Padang ini biasanya mudah dibezakan dengan Rumah Gadang (atapnya yang lonjong dan melengkung) dan gaya tingkap tayang khasnya. Tingkap tayang Nasi Padang di hadapan restoran biasanya mempunyai pinggan dan mangkuk yang disusun dan diisi dengan pelbagai hidangan. Restoran Padang, terutamanya yang kecil atau menengah, biasanya memakai nama-nama dalam bahasa Minang.Nasi Padang ialah bahagian yang tak terpisah dari kakitangan negara Indonesia ketika rehat makan tengah hari di daerah perbandaran. Apabila harga Nasi Padang di wilayah Jakarta dan sekitarnya dinaikkan pada tahun 2016, pegawai negeri awam Jakarta menuntut uang lauk pauk (elaun makan, sebagai komponen gaji mereka) turut dinaikkan juga.[2]Nasi Padang yang disajikan di restoran Padang mudah ditemui di pelbagai bandar di Indonesia seperti di Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Nusa Tenggara, dan Papua, ke negara-negara Malaysia dan Singapura, dan Australia kerana masyarakat Minangkabau mempunyai tradisi merantau yang memberikan sumbangan terhadap penyebaran perantau Minang yang jauh melampaui sempadan kampung halaman mereka di Sumatera Barat.[3] Berdasarkan CNN Travel, Nasi Padang yang tersenarai sebagai salah satu dari 40 makanan yang mana masyarakat Singapura tidak boleh hidup tanpanya.[4]