Biografi Nasimuddin_Amin

SM Nasimuddin dilahirkan pada 27 Januari 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anak ketiga daripada 10 beradik kepada SM Amin dan Salbiah Abdul Majid ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Nasimuddin memulakan kerjaya awal sebagai kontraktor binaan di syarikat pembinaan bapanya.

Pada tahun 1974, ketika berusia 19 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.

Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau adalah beliau ialah seorang orang yang cerdik dan mudah yang menyimpan setiap sen yang diterima daripada ibu bapanya sejak di bangku sekolah, dan dari apa yang telah diusahakan membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sebagai seorang kerani.[1]

Perniagaan

Pada kos sebanyak RM80,000, Nasimuddin membeli 20 AP lalu ke Jepun, di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual habis dalam masa tiga bulan. Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. [1]

Kontroversi permit import

Nasimuddin pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila diberi gelaran "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain tengah memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengurniakan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual oleh beliau untuk AS$8,500 setiap satu.[perlu rujukan] Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Akhirnya, kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Nasimuddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tun Dr. Mahathir berkata Nasimuddin mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan beliau, bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri. "Dia membuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuat demikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr. Mahathir kepada Bernama.[2]