Negara_Anggota_Statut_Rom_Mahkamah_Jenayah_Antarabangsa
Negara_Anggota_Statut_Rom_Mahkamah_Jenayah_Antarabangsa

Negara_Anggota_Statut_Rom_Mahkamah_Jenayah_Antarabangsa

Negara Anggota Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa ialah negara-negara yang meratifikasikan atau menerima Statut Rom, suatu perjanjian yang mengasaskan Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Menjelang Jun 2011, 114 buah negara telah menjadi negara ahli mahkamah, termasuklah seluruh Amerika Selatan, hampir seluruh Eropah, dan lebih kurang separuh daripada semua negara di Afrika.[1] Bagi Grenada dan Tunisia, negara ahli ke-115 dan ke-116, Statut ini masing-masing akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2011 [2] dan 1 September 2011.[3] Sebanyak 34 buah negara yang lain, termasuk Rusia, telah menandatangani Statut Rom tetapi masih belum meratifikasinya.[1] Salah satu negara ahli, yakni Côte d'Ivoire, telah menerima bidang kuasa Mahkamah.[4] Undang-undang triti mewajibkan negara-negara ahlinya supaya mengelakkan "perbuatan-perbuatan yang menggagalkan objektif dan tujuan" perjanjiannya.[5] Tiga negara ahli, iaitu Israel, Sudan, dan Amerika Syarikat, telah pun "menyahtandatangani" Statut Rom dan dengan itu, membayangkan bahawa mereka tidak lagi bertujuan untuk menjadi negara ahli dan justeru, tidak mempunyai sebarang kewajipan di sisi undang-undang yang tertimbul daripada penandatanganan statut oleh wakil mereka.[1][6] 43 Negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih belum menandatangani atau meratifikasikan ataupun menerima Statut Rom. Sesetengah mereka, termasuk China dan India, bersikap kritis terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa.[7][8] Pihak Berkuasa Palestin yang bukan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, telah pun menerima bidang kuasa Mahkamah secara rasmi.[9] Bagaimanapun, tidaklah jelas tentang kesahan penerimaan ini di sisi undang-undang.[10]Mahkamah Jenayah Antarabangsa secara automatik berhak menguatkuasakan bidang kuasanya terhadap sebarang jenayah yang dilakukan di wilayah negara-negara ahli atau seorang warga negara ahlinya. Negara ahli perlu bekerjasama dengan mahkamah, termasuk juga menyerahkan orang yang disyaki sewaktu diminta berbuat demikian oleh Mahkamah.Negara ahli berhak menyertai dan memilih dalam mesyuarat Perhimpunan Negara Ahli yang merupakan badan pentadbiran Mahkamah.

Rujukan

WikiPedia: Negara_Anggota_Statut_Rom_Mahkamah_Jenayah_Antarabangsa http://www.nytimes.com/2009/02/10/world/africa/10i... http://www.icc-cpi.int/Menus/ASP/states+parties/ http://www.icc-cpi.int/NR/exeres/415C6300-58BF-424... http://www.icc-cpi.int/NR/rdonlyres/74EEE201-0FED-... http://www.icc-cpi.int/menus/asp/press%20releases/... http://archive.is/HHOe http://web.archive.org/web/20050208040137/http://w... http://web.archive.org/web/20061122035340/http://w... http://www.iccnow.org/documents/CICC_11_05_Grenada... http://www.ielrc.org/content/a0505.pdf