Nepal
Nepal

Nepal

Nepal (Bahasa Nepal: नेपाल) adalah sebuah negara dikelilingi daratan di Himalaya, Asia Selatan yang menyempadani China (Tibet) di utara, serta India di selatan, timur, dan barat. Negara Nepal moden dibentuk melalui Penyatuan Nepal oleh Prithvi Narayan Shah pada 21 Disember 1768. Sehingga tahun 2006, Nepal merupakan negeri beraja dan satu-satunya negara yang menjadikan agama Hindu sebagai agama rasmi. Sejarah terkini Nepal telah menyaksikan perjuangan demi kerajaan demokratik sepanjang tempoh pemerintahan raja mutlak. Sejak tahun 1995 hingga 2006, Nepal mengalami perang saudara antara tentera kerajaan dan pejuang Maois dari Parti Komunis Nepal (Maois). Dalam satu proses damai untuk menamatkan perang dan memulihkan demokrasi, pada 18 Mei 2006, Nepal diisytiharkan sebagai negara sekular oleh Parlimen Sementara Nepal.[3] Pada 28 Disember 2007, parlimen sementara meluluskan rang undang-undang yang mengisytiharkan Nepal sebagai republik demokratik persekutuan.[4] Mesyuarat pertama dewan perwakilan secara rasminya melaksanakan perisytiharan tersebut pada 28 Mei 2008.Bagi sebuah wilayah yang kecil, pandangan darat Nepal adalah amat berbeza dari Terai yang lembap di selatan hingga ke Himalaya yang tinggi mengawan di utara. Nepal mempunyai lapan daripada 14 buah gunung yang tertinggi di dunia yang menjadi kemegahannya, termasuk Gunung Everest di sempadannya dengan China. Kathmandu ialah ibu negara serta bandar rayanya yang terbesar. Bandaraya-bandaraya utamanya yang lain termasuk Bharatpur, Biratnagar, Bhairahawa, Birgunj, Janakpur, Pokhara, Nepalgunj, dan Mahendranagar. Asalnya nama Nepal tidak pasti, tetapi pemahaman yang paling umum ialah perkataan ini berasal daripada Ne (suci) dan pal (gua).

Nepal

Zon masa UTC+5:45 (NPT)
Pemerintahan Republik[2]
HDI (2007) ▲ 0.534
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 142
• Kepadatan 184/km2 (476.6/sq mi) (56)
Bahasa rasmi Nepali[1]
• Pengisytiharan pemerintahan beraja 21 Disember 1768
Gini (2003–04) 47.2
tinggi
KDNK (PPP) Anggaran 2006 
• Pengisytiharan republik 28 Mei 2008
Mata wang Rupee (NPR)
Demonim Nepali
• Perdana Menteri Khadga Prasad Oli
Ibu kota Kathmandu
• Bancian 2003 23,151,423
• Anggaran Julai 2008 29,519,114 (40)
Bandar terbesar capital
• Pengisytiharan negara 15 Januari 2007
• Per kapita $1,500 (164)
Kod panggilan 977
• Total $48.18 bilion (87)
• Air (%) 2.8
• Jumlah 147,181 km2 (56,827 bt2) (93)
Diiktiraf bahasa serantau Nepal Bhasa, Maithili, Bhojpuri, Tharu, Gurung, Tamang, Magar, Awadhi, Sherpa, Kiranti dan 100 lagi bahasa setempat.
Internet TLD .np
.नेपाल
• Presiden Bidhya Devi Bhandari

Rujukan

WikiPedia: Nepal http://www.apeoplewar.com http://www.britannica.com/nations/Nepal http://edition.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/12/28/ne... http://www.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/05/28/nepal/... http://www.csmonitor.com/2006/0530/p04s01-wosc.htm... http://www.fifa.com/en/regulations/magazine/index/... http://www.kantipuronline.com/kolnews.php http://www.kantipuronline.com/kolnews.php?&nid=132... http://encarta.msn.com/encyclopedia_761562648_3/Ne... http://www.myhimalayas.com/travelogues/nepal.htm