Kerjaya Nico_Hülkenberg

Kerjaya awal

Hülkenberg bermula dalam sukan go-kart pada tahun 1997, pada umur sepuluh tahun. Pada tahun 2002, beliau menjadi juara German Junior Karting dan pada tahun berikutnya beliau memenangi gelaran German Kart Championship.[5]

Formula Satu

Hülkenberg memandu sebuah kereta Formula Satu buat kali pertama dalam sebuah ujian untuk pasukan Williams pada tahun 2007. Pengurus beliau, Willi Weber, telah menganjurkan ujian tersebut selepas gagal untuk memuktamadkan sebuah perjanjian dengan ketua pasukan Renault, Flavio Briatore. Ujian dua hari tersebut telah diadakan di Circuito de Jerez di Sepanyol, dan Hülkenberg mengatasi pemandu Williams, Kazuki Nakajima, dan menetapkan masa 0.4 saat lebih perlahan daripada Nico Rosberg.[6] Prestasi Hülkenberg tersebut pada ujian tersebut menyebabkan pasukan Williams menandatangani beliau sebagai pemandu ujian, dan beliau beraksi dalam beberapa sesi ujian, di samping berlumba dalam perlumbaan kejuaraan formula yang lebih rendah.[6] Kontraknya bersama Williams telah dilanjutkan bagi tahun 2009.[7] Hülkenberg juga bertindak sebagai pemandu simpanan pasukan itu, sekiranya pemandu yang biasa yang tidak mampu untuk bersaing.

Hülkenberg mendapat mata Kejuaraan Dunia pertamanya di Grand Prix Malaysia 2010.

Williams (2010)

Pada 2 November 2009, Hulkenberg telah disahkan sebagai pemandu pasukan Williams pada tahun 2010.[8] Rakan sepasukannya ialah pemandu berpengalaman, Rubens Barrichello, yang menyertai pasukan Williams daripada pasukan Brawn GP, yang kemudiannya dibeli oleh Mercedes-Benz.

Hülkenberg membuat penampilan sulungnya di Grand Prix Bahrain, di mana beliau mendapat tempat ke-14. Pada perlumbaan kedua di Australia, beliau telah terlibat dalam sebuah insiden pada pusingan pertama dengan Kamui Kobayashi. Pada perlumbaan ketiga di Malaysia, Hülkenberg berjaya memasuki Q3 buat kali pertama, di mana beliau mendapat tempat kelima pada pusingan kelayakan tersebut. Ketika Hülkenberg berada di tempat kesebelas, Fernando Alonso bersara daripada perlumbaan selepas mengalami kegagalan enjin. Dengan ini, Hülkenberg menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Beliau sekali lagi mendapat tempat kesepuluh di Silverstone, dan mendapat tempat keenam di Grand Prix Hungary. Beliau juga mendapat mata di Itali, Singapura, dan Korea. Menjelang penghujung musim ini, terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Hülkenberg akan kehilangan kerusi perlumbaannya di Williams, dan akan digantikan oleh juara GP2 Series, Pastor Maldonado.[9] Pemandu Force India, Adrian Sutil, juga dikaitkan untuk menggantikan Hülkenberg di Williams.

Pada 6 November, beliau mendapat petak pertamanya yang sulung dalam Formula Satu di Grand Prix Brazil. Ini merupakan kedudukan petak pertama yang pertama bagi Williams sejak Grand Prix Eropah 2005. Namun begitu, Hülkenberg menamatkan perlumbaan ini di tempat kelapan.

Selepas Grand Prix Abu Dhabi, ketua pasukan, Frank Williams, mengesahkan bahawa Hülkenberg tidak akan memandu bersama mereka pada tahun 2011.[10]

Force India (2011–2012)

2011Hülkenberg sebagai pemandu ketiga Force India di Grand Prix Malaysia 2011.

Pada 26 Januari, Hülkenberg telah disahkan sebagai pemandu simpanan Force India bagi musim 2011, di mana beliau akan memandu untuk pasukan pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat.[11] Beliau mengantikan Paul di Resta, yang telah diberikan peluang untuk berlumba untuk pasukan. Beliau menggantikan di Resta pada sesi latihan pertama bagi kesemua perlumbaan, kecuali di Monaco, Hungary, Korea, India dan Abu Dhabi. Pada 16 Disember 2011, Force India mengumumkan bahawa di Resta dan Hülkenberg akan menjadi pemandu mereka bagi musim 2012.

2012Hülkenberg di Grand Prix Malaysia 2012.

Hülkenberg bermula di tempat kesembilan di Grand Prix Australia, enam tempat di hadapan di Resta, tetapi perlumbaan beliau berakhir pada pusingan pertama selepas mengalami kemalangan pada selekoh pertama. Beliau mendapat mata pertama beliau untuk Force India pada hujung minggu yang berikut, di Malaysia. Beliau mendapat tempat kesembilan, setelah memulakan perlumbaan di tempat ke-16. Beliau sekali lagi bermula di tempat ke-16, kini di Grand Prix China. Beliau mendapat keputusan terbaiknya dengan mendapat tempat keempat di Grand Prix Belgium. Hülkenberg gagal mendapat sebarang mata di Itali atau Singapura, tetapi mengumpul mata pada kesemua lima Grand Prix seterusnya, kecuali di Litar Yas Marina di mana beliau telah terlibat dalam sebuah insiden pada selekoh pertama perlumbaan, dan kemudiannya bersara.

Hülkenberg di Grand Prix Amerika Syarikat 2012

Dalam perlumbaan terakhir musim ini, iaitu Grand Prix Brazil 2012, Hülkenberg memulakan perlumbaan di tempat ketujuh, tetapi telah dinaikkan ke tempat keenam selepas Pastor Maldonado menerima penalti sepuluh petak kedudukan. Setelah beraksi dengan cemerlang dalam keadaan hujan, beliau berjaya mendahului perlumbaan dan seakan-akan hampir memenangi perlumbaan pertama dalam kerjayanya. Namun beliau terlibat dalam sebuah insiden bersama Lewis Hamilton, yang berlumba dalam perlumbaan terakhirnya untuk pasukan McLaren, dan menyebabkan Hamilton bersara. Hülkenberg pulih kembali untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Hülkenberg menamatkan musim ini dengan 17 mata di hadapan rakan sepasukan, Paul di Resta. Di samping itu, Hülkenberg memulakan 12 perlumbaan di hadapan di Resta.

Sauber (2013)

Pada 31 Oktober 2012, Sauber mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak Hülkenberg sebagai pemandu pertama mereka bagi musim 2013, dan mengantikan Sergio Pérez yang menyertai pasukan McLaren.[12]

Di Australia, Hülkenberg gagal untuk memulakan perlumbaan tersebut kerana terdapat kebocoran dalam sistem bahan api Sauber C32 beliau. Pada pusingan kelayakan bagi perlumbaan tersebut, beliau memasuki Q2 dan akhirnya mendapat tempat kesebelas, namun menarik diri daripada perlumbaan atas sebab-sebab keselamatan.[13][14]

Di Grand Prix Malaysia, Hülkenberg memasuki Q2 dan melayakkan diri di tempat ke-12, dan menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kelapan.[15]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Nico_Hülkenberg http://esporte.ig.com.br/grandepremio/formula1/201... http://www.attwilliams.com/news/view/1658 http://www.autosport.com/news/report.php/id/103888 http://www.autosport.com/news/report.php/id/64371 http://www.autosport.com/news/report.php/id/89078 http://www.driverdb.com/racingdriver4072.html http://www.formula1.com/news/headlines/2011/12/129... http://www.formula1.com/news/headlines/2012/11/140... http://www.formula1.com/news/headlines/2013/3/1440... http://www.imdb.com/name/nm3822322/