Latar Nilon

Nilon merupakan bahan termoplastik seperti sutera, yang pertama kali diperdagangkan adalah berus gigi bulu nilon (1938), diikuti stokin kaki wanita “nilon” yang popular (1940). Ia terhasil dari unit berulang dengan ikatan peptida (nama lain bagi ikatan amida) dan sering kali dirujuk sebagai poliamida (PA). Nilon merupakan polimer yang pertama berjaya diperdagangkan dan gentian buatan pertama dihasilkan sepenuhnya dari batu arang, air dan udara. Ini dibentuk menjadi monomer bagi perantaraan berat molekul, yang kemudian bertindak balas untuk membentuk jaringan polimer yang panjang.

Nilon bertujuan sebagai pengganti buatan bagi sutera dan menggantikannya bagi banyak barangan selepas sutera menjadi sukar didapati semasa Perang Dunia II. Ia menggantikan sutera dalam kegunaan ketenteraan seperti payung terjun, jaket tembakan ("flak vest"), dan digunakan dalam kebanyakan jenis tayar kenderaan. Gentian nilon digunakan dalam banyak kegunaan, termasuk tekstil, penutup muka pengantin, permaidani, tali alat muzik dan tali.

Nilon padu digunakan bagi bahagian mesin seperti gear komponen tekanan rendah hingga serdahana yang dahulunya diperbuat dari logam. Nilon gred pengilangan diproses dengan rembesan, acuan, dan acuan suntikan. Nilon padu digunakan bagi menghasilkan sikat. Nilon jenis 6/6 101 merupakan gred perdagangan biasa, dan Nilon 6 adalah gred perdagangan biasa bagi nilon acuan. Nilon terdapat dalam kelainan diisi kaca ("glass-filled" dan diisi molibdenum sulfida yang meningkatkan struktur dan kekuatan hentaman dan ketegaran dan kelicinan.

Aramid merupakan satu lagi jenis poliamida dengan struktur rantaian yang agak berlainan yang termasuk kumpulan haruman dalam jaringan utama. Polimer sedemikian menghasilkan gentian balistik yang elok.