Nitrogen_cecair
Nitrogen_cecair

Nitrogen_cecair

Nitrogen cecair (atau dipanggil secara terbaliknya sebagai cecair nitrogen) ialah nitrogen dalam keadaan cecair pada suhu yang sangat rendah. Ia merupakan cecair lutsinar tanpa warna dengan ketumpatan 0.807 g/ml pada takat didihnya (−195.79 °C (77 K; −320 °F)) dan pemalar dielektrik bernilai 1.43.[1] Nitrogen mula dicecairkan oleh dua ahli fizik Poland bernama Zygmunt Wróblewski dan Karol Olszewski di Universiti Jagiello, Poland pada 15 April 1883.[2] Cecair ini dihasilkan secara industrinya melalui penyulingan berperingkat dari udara cecair. Nitrogen cair sering disebut dengan singkatan, LN2 atau "LIN" atau "LN" dan mempunyai angka UN 1977. Nitrogen cceair bersifat dwiatom, yakni, sifat dwiatom ikatan kovalen nitrogen dalam gas N2 masih kekal selepas berlakunya proses pencecairan gas tersebut.[3]Nitrogen cecair bersifat kriogenik lalu boleh menyebabkan pembekuan yang cepat apabila bersentuhan dengan tisu hidup. Ketika sewajarnya terlindung dari haba persekitaran, cecair ini boleh disimpan dan diangkut dalam bekas khas - misalnya kelalang vakum. Suhu cecair ini ditetapkan pada 77 K melalui pendidihan perlahan setserunsya menyebabkan perubahansuran gas nitrogen. Tempoh penyimpanan dalam kelalang vakum boleh menjangkau dari beberapa jam sehingga beberapa minggu bergantung pada ukuran dan bentuk kelalang tersebut. Bekas vakum berpenebat kuat membolehkan gas nitrogen yang dicecairkan untuk disimpan dan dibawa pada tempoh masa yang lebih lama dengan kerugiannya dikurangkan kepada 2% setiap hari atau kurang.[4]Suhu nitrogen cecair boleh dengan mudahnya dikurangkan ke takat bekunya  63 K (−210 °C; −346 °F) dengan meletakkan ia dalam kebuk yang dipasangkan dengan pam vakum.[5] Kecekapan nitrogen cecair sebagai penyejuk dihadkan pada sifatnya yang segera mendidih apabila bersentuhan dengan objek panas, menyelubungi objek dalam gas nitrogen yang menebat. "Kesan Leidenfrost" ini diguna pakai untuk sebarang cecair yang bersentuhan dengan objek yang jauh lebih panas daripada takat didihnya. Penyejukan yang lebih cepat boleh dicapai dengan membenamkan objek ke dalam lecahan cecair nitrogen yang separa cair dan bukannya nitrogen cecair itu sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Nitrogen_cecair http://www.alcatel-lucent.com/bstj/vol16-1937/arti... http://adsabs.harvard.edu/abs/1953PhRv...92.1229H http://www.csb.gov/assets/1/19/Valero_Case_Study.p... http://www.aspenycap.org/files/CryogenicGases.pdf //doi.org/10.1103%2FPhysRev.92.1229 //doi.org/10.1111%2Fj.1365-2818.1974.tb03871.x http://www.bbk.ac.uk/so/policies/liqn2 http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/scotland/484813... http://www.bcga.co.uk/preview/products.php?g1=3ff9... https://books.google.com/books?id=8SKrWdFLEd4C&pg=...