Gambaran Nombor_Mach

Nombor Mach biasanya digunakan bagi objek yang merentasi bendalir dengan kelajuan tinggi, dan juga aliran bendalir dengan kelajuan tinggi di dalam saluran seperti muncung, penyerak atau terowong angin. Ia ditakrifkan sebagai perkadaran dua kelajuan, oleh itu ia merupakan suatu nombor tanpa dimensi. Pada suhu 15 darjah Celsius dan pada paras laut, kelajuan bunyi adalah 340.3 m/s[1] (1225 km/j, atau 761.2 bsj, atau 1116 kaki/s) dalame atmosfera Bumi. Kelajuan diwakili dengan nombor Mach 1 dan bukannya suatu pemalar; sebagai contoh, ia bergantung kepada suhu dan komposisi atmospera. Di aras stratosfera, Nombor Mach adalah tetap dan tidak bergantung pada ketinggian sungguhpun tekanan udara berubah dengan ketinggian berbeza.

Oleh kerana kelajuan bunyi meningkat berkadaran dengan suhu, kelajuan sebenar objek yang terbang pada Mach 1 akan bergantung kepada suhu bendalir di sekelilingnya. Nombor Mach sangat berguna kerana kelakuan bendalir adalah sama di objek yang bergerak pada Nombor Mach yang sama. Jadi, sebuah pesawat yang terbang Mach 1 pada aras laut (340.3 m/s, 761.2 bsj, 1,225 km/j) akan mengalami gelombang kejutan yang sama sekiranya ia terbang pada kelajuan Mach 1 di paras 11,000 m (36,000 kaki), sungguhpun ia terbang pada kelajuan 295 m/s (654.6 bsj, 1,062 km/j, iaitu 86% daripada kelajuannya pada aras laut).