Noor_Neelofa_Mohd_Noor
Noor_Neelofa_Mohd_Noor

Noor_Neelofa_Mohd_Noor

Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989)[1] ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi dan skandal seperti bergaduh dengan artis lain.[2] Pada tahun 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Beliau juga telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports.[3]Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang.[4] yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014. Pada tahun 2015, beliau membintangi telefilem Lukisan Takdir dan Wan Embong. Kedua-dua telefilem itu menampilkannya bertudung. Pada Mac 2017, Neelofa telah dipilih sebagai penghias majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia.[5]

Noor_Neelofa_Mohd_Noor

Pekerjaan
Ibu bapa
  • Mohd Noor (bapa)
  • Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu)
  • Dato' Abdul Halim Khan Lall Khan (bapa tiri)
Tahun aktif 2010–kini
Nama lain Lofa
Berat 47 kg (104 lb; 7.4 st)
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran
Saudara
  • Sara Dinna (kakak)
  • Noor Nabila (kakak)
  • Noor Nellisa (adik)
  • Mohd Aqief (adik)
  • Putri Nur Athira adik bukan seibu dan sebapa)
  • Nur Athisha (adik beradik seibu)
  • Nur Ameera (adik beradik seibu)
  • Mohamed Faliq (adik beradik seibu)
  • Mohamed Firdaus (adik beradik seibu)
Kelahiran Noor Neelofa binti Mohd Noor
(1989-02-10) 10 Februari 1989 (umur 30)
Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Ketinggian 1.57 m (5 ka 1+13⁄16 in)
Pusat pendidikan Universiti Sunway
Kediaman Kuala Lumpur

Rujukan

WikiPedia: Noor_Neelofa_Mohd_Noor http://www.agendadaily.com/Hiburan/neelofa-terbit-... http://english.astroawani.com/malaysia-news/neelof... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hampir-se... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-u... http://www.dailyseni.com/v4/neelofa-continues-swee... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm4871549/ http://izyan.com/2013/12/saya-dengan-caprice-meman... http://malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/676... http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile...