Noorkumalasari

Noorkumalasari (dilahirkan sebagai Noor Kumalasari binti Mohamed Taib; 11 April 1956) merupakan salah seorang peragawati dari Malaysia yang kemudian bergelar pelakon dan penyanyi yang terkenal pada 1970-an[nota 1] hingga 1990-an. Beliau juga merupakan anak kepada Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum.[1] Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.Beliau telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum.[2] Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudian. Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun timbul sedikit kontroversi ketika itu.[3] Mereka juga telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.[4]Selain berlakon dan menyanyi, beliau juga turut menjadi seorang pengacara seperti di Anugerah Juara Lagu 1987.

Noorkumalasari

Pasangan Roslan Onn (bercerai)
Wan Mohammad Yusof (Kini)
Warganegara Malaysia
Tahun aktif 1960 - 1998; 2016 - kini
Saudara Anita Sarawak (Kakak seayah)
Noraini Binti Jaafar (kakak seibu)
Muhammad Bin Jaafar (abang seibu)
Noor Salawati (kakak)
Sonadi Noor (adik)
Noor Latiff (adik)
Noor Jumaaton (adik)
Nurul Mukmin (adik)
Ibu bapa Dato' S. Roomai Noor (bapa)
Datin Umi Kalthum (ibu)
Anak 4 Anak
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, peragawati
Kelahiran Noor Kumalasari binti Mohamed Taib
(1956-04-11) 11 April 1956 (umur 63)
Petaling Jaya, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)