Nupedia

Nupedia ialah sebuah ensiklopedia berdasarkan web yang mengandungi rencana-rencana yang ditulis oleh pakar-pakar dan dilesenkan di bawah kandungan bebas. Ia diasaskan oleh Jimmy Wales melalui syarikatnya, Bomis, sedangkan Larry Sanger merupakan ketua penyuntingnya. Nupedia berlanjutan dari Mac 2000 sehingga September 2003, dan kini lebih dikenali sebagai pendahulu Wikipedia. Ensiklopedia dalam talian ini dicirikan oleh proses penilaian setara yang luas untuk memastikan bahawa mutu rencana-rencananya adalah setanding dengan ensiklopedia-ensiklopedia yang profesional. Nupedia cuma hendak cendekiawan-cendekiawan bersukarela tidak berbayar untuk menyumbang kandungan-kandungannya. Sebelum ia bertamat operasinya, Nupedia menghasilkan 25[1] buah rencana yang telah siap proses penilaiannya (tiga buah rencana mempunyai dua versi dengan panjangnya yang berbeza) dan 74 buah rencana yang masih berlangsung.