Nusantara
Nusantara

Nusantara

Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa  (pulau) dan antara  (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Melayu yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.