Etimologi Olmek

"Olmek" bererti "orang getah" dalam Nahuatl, bahasa Mexica orang ("Aztek"). Ia merupakan nama Aztek bagi mereka yang tinggal dikawasan ini pada tempoh terkemudian semasa penguasaan Aztek. Mesoamerika kunu, merentasi dari Olmek kunu sehingga Aztek, menghasilkan latex dari Castilla elastica, sejenis pokok Getah dikawasan tersebut. Getah dari batang pokok menjalar, Ipomoea alba, kemudiannya dicampurkan dengan latex ini bagi membentuk getah seawal 1600 SM [1]. Perkataan "Olmek" turut merujuk kepada bola getah yang digunakan bagi permainan bola kunu mereka. Penjelajah moden awal menggunakan nama "Olmek" kepada puing runtuhan dan kesenian dari kawasan ini sebelum ia disedari bahawa ini telah ditinggalkan seribu tahun sebelum tempoh penduduk yang dikenali Aztek sebagai "Olmek". Ia tidak diketahui apakah nama Olmek silam gunakan bagi panggilan mereka sendiri; sesetengah sumber Mesoamerika kelihatannya merujuk Olmek kunu sebagai "Tamoanchan".

Terdapat persetujuan saintifik umum bahawa Olmek bertutur bahasa dalam keluarga bahasa Mesoamerika Mixe-Zoquean, sungguhpun bukti yang ada adalah terhad.[2]Dengan jumlah besar persetujuan pakar sains menyatakan bahawa Olmek dan pencapaian mereka adalah keseluruhannya tempatan kepada kawasan ini, diasaskan sepenuhnya pada pertanian silam yang mengkagumkan yang jyga tempatan, dan mereka dan kebudayaan berjiranan, dengan mana mereka berhubung, membangunkan ciri-ciri mereka agak bebas dari sebarang pengaruh luar hemisphera (extra-hemispheric).

Rujukan

WikiPedia: Olmek http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1026/is... http://www.nytimes.com/2005/03/15/science/15olme.h... http://web.mit.edu/org/m/materialculture/www/rubbe... http://www.nd.edu/~sniteart/collection/Galleries/M... http://www.news.wisc.edu/11377.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.nsf.gov/od/lpa/news/02/pr0297.htm http://www.archaeology.org/online/features/olmec/i... http://www.latinamericanstudies.org/olmec-colossal... http://www.metmuseum.org/toah/hi/hi_cebu.htm