Pendahuluan Olmek

Pusat tanah air Olmec bercirikan tanah rendah berpaya dengan rabung bukit rendah dan gunung berapi. Gunung Tuxtla tersergam di utara, sepanjang Teluk Campeche. Di sini Olmecs membina kompleks kuil-bandar kekal di beberapa lokasi, antaranya San Lorenzo Tenochtitlán, La Venta, Tres Zapotes, Laguna de los Cerros, dan La Mojarra. Mereka juga mempunyai pengaruh besar yang melampaui tanah besar: dari Chalcatzingo, jauh ke barat di tanah tinggi Mexico, sehingga ke Izapa, di pantai Lautan Pasifik berhampiran apa yang kini Guatemala, barangan Olmek telah dijumpai dimerata Mesoamerika sepanjang tempoh ini.

Olmec mungkin merupakan Mesoamerika pertama yang memajukan sistem tulisan, tetapi tiada contoh pernah dijumpai. Pada masa kini terdapat perdebatan mengenai simbol yang dijumpai pada 2002 bertarikh sehingga 650 BC sebenarnya merupakan bentuk penulisan Olmek sebelum tulisan Zapotec tertua yang bertarikh sekitar 500 BC. Terdapat hieroglyph lain yang dikenali sebagai " Epi-Olmek". "Epi-Olmek" bererti "sebelum Olmek", dan sementara terdapat sesetengah yang mempercayai bahawa Epi-Olmek mungkin mewakili skrip peralihan antara sistem Olmek lebih awal yang tidak diketahui dan tulisan Maya. Isu ini pada masa ini masih tergantung.

Olmec kemungkinannya pencipta permainan bola Mesoamerika yang tersebar luas di kalangan budaya-budaya berikutnya di rantau itu dan digunakan untuk tujuan rekreasi dan keagamaan – pastinya mereka telah memainkannya sebelum ada orang yang direkodkan melakukannya.

Fail:Olmec Heartland 1.pngTanah tengah Olmek

Agama mereka memajukan kesemua tema-tema penting (ketaksuban dengan matematik dan dengan takwim, dan fokus kepada kerohanian mengenai kematian yang dinyatakan melalui pengorbanan manusia) yang dijumpai dalam kumpulan berikutnya. Akhirnya, aturan politik mereka berkenaan negara bandar berhierarki diikuti oleh hampir kesemua tamadun orang Mexico dan orang Amerika Tengah yang berikutnya.

Rujukan

WikiPedia: Olmek http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1026/is... http://www.nytimes.com/2005/03/15/science/15olme.h... http://web.mit.edu/org/m/materialculture/www/rubbe... http://www.nd.edu/~sniteart/collection/Galleries/M... http://www.news.wisc.edu/11377.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.nsf.gov/od/lpa/news/02/pr0297.htm http://www.archaeology.org/online/features/olmec/i... http://www.latinamericanstudies.org/olmec-colossal... http://www.metmuseum.org/toah/hi/hi_cebu.htm