Berbagai-bagai Omar_Khayyam

  • Kehidupan Khayyam disandiwarakan dalam filem, Omar Khayyam, yang dilakonkan oleh Cornel Wilde, Debra Paget, Raymond Massey, Michael Rennie, dan John Derek pada tahun 1957.
  • Khayyam muncul sebagai teman sampingan lucu dalam filem, Anak Lelaki dari Sinbad. Wataknya dilakonkan oleh Vincent Price dan sebahagian puisi-puisi Khayyam tersebar pada sepanjang dialognya.
  • Khayyam juga merupakan topik perbincangan antara dua watak dalam novel, Serigala Laut, yang ditulis oleh Jack London.
  • Jiwa Khayyam mempunyai peranan yang penting dalam novel Parsi yang berjudul "خيام و آن دروغ دلاويز" ("Khayyam dan Pemalsuan Yang Menyeronokkan"). Novel ini ditulis oleh Hooshang Mo'eenzadeh (هوشنگ معين‌زاده) dan diterbitkan pada tahun 1997. "Haj Rajab (حاج رجب)", protagonis cerita ini, bertemu dengan — antara banyak personaliti yang lain — jiwa Khayyam di akhirat. Jiwa Khayyam mendeklamasikan puisi-puisinya yang bersifat kebendaan di khalayak ramai dan memperolok-olokkan kuasa ketuhanan walaupun beliau mungkin tinggal di syurga Allah. Ini mengakibatkan Haj Rajab keras mempersoalkan asas-asas kehidupan warak Khayyam yang lampau semasa di dunia.
  • Khayyam juga muncul sebagai watak utama dalam novel, Samarkand, yang ditulis oleh Amin Maalouf.
  • Lebih terkini, kehidupan Khayyam disandiwarakan oleh Kayvan Mashayekh, pengarah Amerika Iran, dalam filem "Penyimpan: Legenda Khayaam" yang ditayangkan di teater-teater bebas sejak Jun 2005.
  • Omar Khayyam, sebuah kawah qamari, dinamai sempena namanya pada tahun 1970.
  • 3095 Omarkhayyam, sebuah asteroid, dinamai sempena namanya pada tahun 1980.
  • Malu, sebuah novel Salman Rushdie, merujuk kepada Omar Khayyam dengan watak yang mempunyai nama yang sama.
  • Khayyám dipetik dalam ucapan Martin Luther King Jr, Mengapa saya menentang perang di Vietnam. "Sudah masanya bagi semua orang yang berhati naluri untuk meminta Amerika supaya kembali. Kembali, Amerika. Omar Khayyam adalah tepat. 'Jari yang bergerak, menulis dan setelah menulis, beralih.'"
  • Salah satu pengasas Discordianisme, Omar Khayyam Ravenhurst, menamakn diri sempana nama Omar Khayyam.