Ujibakat One_in_a_Million_(Musim_3)

Ujibakat OIAM musim ketiga diadakan sepanjang bulan November di lima bandaraya di Malaysia. Berikut merupakan tempat-tempat ujibakat One in a Million:

BandarTempatTarikh
Kota Kinabalu, SabahImperial International Hotel15 November 2008
Kuching, SarawakMerdeka Palace Hotel & Suites15 November 2008
Johor Baru, JohorThe Puteri Pacific22 November 2008
Georgetown, PenangSunway Hotel22 November 2008
Kuala LumpurBerjaya Times Square29 November 2008

Di samping itu, acara jelajah pra-ujibakat turut diadakan di bandar-bandar tersebut (dua minggu sebelum ujibakat masing-masing), menampilkan promosi One in a Million dan persembahan oleh bekas peserta OIAM. Kelima-lima sesi ujibakat awal dikelola oleh juri-juri lain. Para peserta yang layak dari kelima-lima ujibakat awal ini dikehendaki ke Hotel Gardens, Mid Valley, untuk menjalani sesi penilaian utama pada 30 November dan 1 Disember, di mana barulah mereka bertemu dengan Syafinaz dan Paul Moss.

Seperti musim-musim lalu, artis yang pernah atau masih memegang kontrak rakaman masih dialu-alukan turut serta.[1] Kali ini, mereka dikehendaki terus ke ujibakat utama di Gardens tanpa perlu menjalani ujibakat awal. Daripada lebih 30 artis yang mencuba nasib, 15 orang lulus dari ujibakat tersebut termasuk Wan Mohd Shahril, Ridzwan, Amylea bte Azizan (bekas peserta AF3), Norafizah Mohd Yasin (Pija, juara Mentor), Naufara binti Mohd Yasin, Shah Indrawan Ismail (Tomok New Boyz), Rehana, Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan dan lain-lain lagi; antara peserta yang turut mengambil bahagian tetapi tidak berjaya termasuk Abot dan Khadeeja.[2]

Siaran OIAM3 di 8TV yang bermula pada 23 Januari 2009, hanya bermula dari sesi ujibakat utama di Gardens ini, berbeza dari musim lalu yang bermula dari ujibakat awal.

Rujukan

WikiPedia: One_in_a_Million_(Musim_3) http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/ayu.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/esther.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/fify.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/nine.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/rizu.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/simon.asp http://www.8tv.com.my/oiam/contestant/tomok.asp http://www.8tv.com.my/oneinamillion3 http://www.8tv.com.my/oneinamillion3/ http://www.gua.com.my/Entertainment/News-Detail.as...