Sejarah Operasi_Haze

Jerebu buat pertama kali muncul dan mengganggu kehidupan seharian di Malaysia pada April 1983. Ketika itu punca jerebu itu masih tidak diketahui dan andaian dibuat bahawa puncanya adalah akibat dari abu terapung dari letusan gunung berapi, zarah asap terapung dari hutan terbakar besar-besaran, pembakaran terbuka pertanian di negeri jiran, dan juga pembakaran pertanian tempatan.[1] Gangguan ini berterusan pada Ogos 1990, dari Jun hingga Oktober 1991, dan berulang setiap tahun sejak 1992 dan melanda pada bulan-bulan Ogos, September, dan Oktober. Kesan jerebu mencapai puncaknya pada tahun 1997 apabila punca jerebu ketika itu diletakkan sepenuhnya pada pembakaran hutan dan perladangan di Sumatra Selatan, Kalimantan, dan beberapa pulau lain di Indonesia dengan langit menjadi kabur dengan pencemaran dari Ogos hingga November tahun itu.