Tindakan Operasi_Haze

Operasi Haze menjadi misi memadam api terbesar dalam sejarah. Pasukan bomba Malaysia berjuang untuk memadamkan api yang melitupi sepanjang Sumatera dan Kalimantan habis-habisan selama lebih dari 25 hari yang memeritkan. Pasukan pemadam api juga berhadapan dengan halangan besar dengan jumlah bilangan api yang dihadapi. Pada kemuncak kebakaran ladang dan hutan yang besar, bilangan titik panas mencecah sehingga 37,938, yang berlaku pada Ogos 1997.[5] Selain itu pelbagai ancaman lain turut dihadapi, seprti, pokok yang kelihatan segar boleh tumbang ke atas mereka bila-bila masa apabila pangkal pokok habis terbakar dijilat api. Kebakaran tanah gambut merupakan ancaman terbesar kepada ahli bomba kerana mereka boleh terjerumus dalam lubang api ketika api marak jauh di dalam tanah.

Di situ, mereka juga berhadapan dengan banyak masaalah akibat kekurangan peralatan yang bersesuaian, berhadapan kekurangan sumber air, sehingga masalah mengenal pasti punca api jauh dalam tanah gambut. Akhirnya, selepas 25 hari, mereka berjaya melawan Jerebu cukup untuk mengembalikan penglihatan melihat langit kembali. Dan dengan bantuan hujan monson, ancaman jerebu akhirnya diatasi.