Orang_Belanda
Orang_Belanda

Orang_Belanda

Orang Belanda (bahasa Belanda: Nederlanders; terjemahan harfiah: 'penduduk tanah pamah') ialah sebuah kelompok etnik yang merupakan sebahagian besar penduduk di Belanda (13 juta pada tahun 2006). [15] Secara sejarah, orang Belanda tinggal terutamanya di Negeri-negeri Pamah dan Perancis Utara, tetapi sejak dari abad ke-12, mereka telah berhijrah ke seluruh dunia. [16]Orang Belanda terutamanya berketurunan daripada berbagai-bagai puak Germanik, [17] [18] dan menuturkan bahasa Belanda, sejenis bahasa Germanik. [19]Kawasan yang kini dikenali sebagai Belanda telah dihuni secara tetap sejak dari Zaman Neolitik lagi. Orang Belanda berketurunan khususnya daripada kaum Frank kuno. [20] Mereka agak tidak dikenali ketika bekas Belanda Burgundy, atas alasan politik, agama, dan kebudayaan, memberontak terhadap Sepanyol Habsburg, negara yang paling kuat di Eropah ketika itu dalam apa yang kemudian menjadi perjuangan untuk kemerdekaan yang berlangsung selama lapan puluh tahun (1568-1648). Orang Belanda muncul daripada perang itu dengan kemenangan dan mengasaskan Republik Belanda, negara Belanda merdeka yang pertama dalam sejarah. Negara ini kemudian menjadi salah satu Kuasa Agung di Eropah dan bersaing untuk kekuasaan tentera laut selama hampir seabad.Semasa Zaman Imperialisme, Empayar Belanda menguasai 3.7 juta kmĀ² permukaan bumi dan mempunyai jumlah penduduk sebanyak 80 juta orang pada tahun 1940. [21] (Jumlah penduduk dunia ketika itu adalah 2.3 bilion orang.)Pada hari ini, orang Belanda dan keturunan-keturunannya boleh ditemukan di seluruh dunia, khususnya di Eropah, benua Amerika, Afrika Selatan, dan Oceania. Komuniti-komuniti mereka berbeza-beza antara komuniti terasimiliasi dan komuniti terasing.

Orang_Belanda

Kanada 120,000[4]
Perancis kk. 30,000[10]
Belanda 13,186,600
[1]
Jerman 114,087 orang, dengan 41,000 orang di kawasan sempadan[3]
United Kingdom 40,000[6]
Switzerland 16,143[11]
New Zealand kk. 25,000[9]
Amerika Syarikat 110,000[5]
Belgium 121,489 orang, dengan 59,000 di kawasan sempadan
(tidak termasuk orang Belanda-Belgium)
[2]
Australia kk. 85,000[7]
Afrika Selatan 40,000 to 45,000[8]

Rujukan

WikiPedia: Orang_Belanda http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/7d12b0f676... http://www.britannica.com/eb/article-9036579/Germa... http://prussianpoland.com/neumark.html http://www.bmas.bund.de/BMAS/Redaktion/Pdf/auslaen... http://oit.boisestate.edu/sknox/thesis/chapt4.html http://history.wisc.edu/sommerville/351/351-082.ht... http://www.populstat.info/Asia/indonesc.htm http://www.dutchmalaysia.net/press/Easternization.... http://roepstem.net/francois_boom.html http://www.20eeuwennederland.nl/themas/vreemdeling...