Budaya Orang_Melayu_Palembang

Songket

Rencana utama: Songket
Peta perluasan penguasaan wilayah empayar Srivijaya, bermula di Palembang pada abad ke-tujuh, selepas itu meluas ke sebahagian besar wilayah Sumatera, kemudian wilayah Jawa bahagian hujung barat dan tengah, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Singapura, Semenanjung Tanah Melayu (merangkumi Thailand dan Malaysia), Kemboja, Vietnam Selatan, Kalimantan, Sarawak, Brunei, Sabah, dan berakhir sebagai Kerajaan Malayu yang mempunyai ibubandar kat Dharmasraya bersempadan dengan Jambi abad ke-14

Songket ialah kain tenunan yang mahsyur berasal daripada Palembang dan dicipta oleh orang Melayu di Palembang.[4][5][6][7] Dalam masa penyebaran pengaruh empayar Srivijaya, budaya ini mula menyebar kepada etnik lain, iaitu Acheh,[8] Brunei, Minang, Semenanjung, dan lain-lain.[9] Songket hanya boleh ditemui dalam kawasan yang pernah masuk ke dalam penguasaan empayar Srivijaya sahaja.[10]