Osaka
Osaka

Osaka

Osaka (大阪市, Ōsaka-shi)  listen (bantuan·maklumat) merupakan ibu negeri kepada wilayah Osaka, Jepun. Osaka mempunyai populasi seramai 2.7 juta penduduk dan merupakan bandar dengan populasi kedua terbesar di Jepun selepas bandar Tokyo pada siang hari. Pada waktu malam, ia menjadi bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Ia terletak di kawasan Kansai di pulau utama Honshu, di hilir sungai Yodo di Pantai Osaka.Osaka merupakan bandar komersial bersejarah di Jepun dan ia masih lagi merupakan salah satu pusat industri utama dan perlabukan di Jepun, dikenali sebagai jantung kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto, di mana mempunyai populasi seramai 17,510,000 orang penduduk.