Parti_Komunis_Persekutuan_Rusia
Parti_Komunis_Persekutuan_Rusia

Parti_Komunis_Persekutuan_Rusia

Parti Komunis Persekutuan Rusia (CPRF; Bahasa Rusia: Коммунистическая Партия Российской Федерации; КПРФ; Kommunisticheskaya Partiya Rossiyskoy Federatsii, KPRF) ialah sebuah parti politik komunis dan Marxis–Leninis di Rusia. Parti ini kerap dipandang sebagai pengganti langsung Parti Komunis Kesatuan Soviet, yang telah diharamkan pada tahun 1991 oleh Presiden kemudiannya Boris Yeltsin. Parti ini juga merupakan parti politik kedua terbesar di Persekutuan Rusia selepas Rusia Bersatu. Persatuan pemuda parti ini ialah Liga Komunis Muda Leninis. Parti ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pusat.CPRF ditubuhkan di Kongres Luar Biasa Kedua Congress Komunis Rusia pada 14 Februari 1993 sebagai pertubuhan pengganti Parti Komunis Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia. Setakat 2015[update], parti ini memiliki 160,000 orang ahli.[7] Matlamat yang dinyatakan oleh politik ini untuk menubuhkan bentuk sosialisme yang baru dan moden di Rusia.[8] Matlamat segera parti ini termasuk pemiliknegaraan sumber-sumber semula jadi, pertanian dan industri besar dalam rangka ekonomi campuran yang membenarkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana di sektor swasta.[9]

Parti_Komunis_Persekutuan_Rusia

Diasaskan 14 Februari 1993; 26 tahun yang lalu (1993-02-14)
Timbalan Setiausaha Ivan Melnikov
Gabenor
2 / 85
Keahlian  (2015) 160,000[1]
Ideologi Komunisme[2][3]
Marxisme–Leninisme[3]
Antiimperialisme[4]
Sosialisme agraria[5]
Nasionalisme jauh kiri[6]
Pemimpin Parlimen Gennady Zyuganov
Warna rasmi      Merah
Penggabungan antarabangsa Mesyuarat Antarabangsa Parti Komunis dan Pekerja
Seminar Komunis Antarabangsa
Akhbar Pravda, lebih daripada 30 edisi wilayah
Kerusi di Duma Negara
42 / 450
Kerusi di Parlimen Wilayah
334 / 3,928
Kerusi di Majlis Persekutuan
2 / 170
Ibu pejabat Moscow, Rusia
Calon presiden Pavel Grudinin
Slogan "Kaum buruh semua negeri, bersatulah!"
Sayap belia Liga Komunis Muda Leninis
Kedudukan politik Jauh kiri
Didahului Parti Komunis Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia