Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman
Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman

Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman

Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman (Bahasa Jerman: Die deutsche Fußballnationalmannschaft) merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Jerman pada peringkat antarabangsa sejak 1908. Pasukan tersebut ditedbir oleh Persekutuan Bola Sepak Jerman DFB (Deutscher Fußball-Bund) yang telah ditubuhkan pada tahun 1900.Dari tahun 1950 hingga 1990, pasukan tersebut telah digelar secara tidak rasmi sebagai Jerman Barat kerana sejak Perang Dunia Kedua, DFB beroperasi di Republik Bersekutu Jerman yang pada umumnya digelar Jerman Barat dari 1949 hingga 1990. DFB meneruskan untuk menyenarai pasukan kebangsaan yang kembali diterima oleh FIFA selepas Piala Dunia 1950 dengan mengekalkan semua rekod dan tradisi. Di bawah penguasaan dan pembahagian Kuasa Bersekutu, dua pasukan kebangsaan yang berlainan iaitu Pasukan Saarland (1950–1956) dan Pasukan Jerman Timur (1952–1990) turut diiktiraf oleh FIFA. Kedua-dua buah pasukan tersebut kini telah diserap ke dalam pasukan kebangsaan sekarang, beserta rekod (bilangan penyertaan perlawanan dan penjaring gol). Nama rasmi dan kod "Germany FR (FRG)" telah dipendekkan kembali kepada "Germany (GER)" sejak 1990.Jerman merupakan salah satu daripada tiga pasukan paling berjaya dalam kejohanan antarabangsa dengan menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga gelaran juara Eropah. Mereka juga merupakan antara pasukan yang paling konsisten kerana bukan sahaja mempunyai gelaran juara dunia dan juara Eropah, malah menjadi naib juara sebanyak tiga kali pada kejohanan Piala Eropah dan empat kali di Piala Dunia termasuk tiga kali mendapat tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi pingat emas Olimpik pada 1976. Jerman merupakan satu-satunya negara yang pernah memenangi Piala Dunia bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.Dalam dua perlawanan lepas di peringkat akhir kejohanan utama iaitu di perlawanan akhir Euro 2008Euro 96 dan Piala Dunia 2002 - pemain yang menjaringkan gol penentuan di peringkat separuh akhir sedar bahawa mereka tidak mempunyai peluang beraksi pada peringkat akhir kerana digantung perlawanan. Andreas Möller pada 1996 dan Michael Ballack pada 2002 menerima kad kuning pada peringkat separuh akhir menentang England dan Korea Selatan masing-masing. Möller menjaringkan gol dalam sepakan penentuan penalti menentang England dan Michael Ballack menjaringkan gol tunggal ketika menentang Korea Selatan. Staf kejurulatihan pasukan kebangsaan Jerman sekarang ialah ketua jurulatih Joachim Löw, penolong jurulatih Hans-Dieter Flick, jurulatih penjaga gol Andreas Köpke, jurulatih atletik Mark Verstegen dan Oliver Schmidtlein, scout Urs Siegenthaler, pengarah teknikal Matthias Sammer dan pengurus pasukan Oliver Bierhoff.

Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman

Kapten Manuel Neuer
Kemunculan 3 (Kali pertama pada 1999)
Kaps terbanyak Lothar Matthäus (150)
Kedudukan tertinggi FIFA 1 (Ogos 1993)
Penolong jurulatih Thomas Schneider
Gelaran Die Mannschaft (The Team), digunakan oleh media bahasa Inggeris
Ketua jurulatih Joachim Löw
Kod FIFA GER
Keputusan terbaik Juara (2017)
Kedudukan Elo 7
Kedudukan FIFA 15 ▲ 1 (28 November 2019)[1]
Kedudukan terendah Elo 28 (1923)
Penjaring terbanyak Miroslav Klose (71)
Kedudukan terendah FIFA 23 (Mac 2006)
Kedudukan tertinggi Elo 1 (1990–92, 1993–94, 1996–97)
Persatuan Persatuan Bola Sepak Jerman
(Deutscher Fußball-Bund — DFB)
Konfederasi UEFA (Eropah)

Rujukan

WikiPedia: Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman http://www.cokecans.com/can/237-Euro-1996-Fur-Alle... http://www.rsssf.com/tablesd/duit-intres.html http://fifaworldcup.sporati.com http://www.dfb.de/dfb-team/nationalteam/statistik/... http://www.dfb.de/index.php?id=500395&action=showM... http://www.kicker.de/news/fussball/nationalelf/723... http://www.jadransport.org/articles/2377.html https://www.fifa.com/fifa-world-ranking/ranking-ta... https://www.dfb.de/news/detail/finaler-wm-kader-lo...