Pembubaran Pembela_Tanah_Air

Pada tanggal 18 Ogos 1945, sehari setelah Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia disiarkan, Jepun mengeluarkan perintah kepada para daidan batalion PETA untuk menyerah diri serta menyerahkan senjata mereka membubarkan pasukan-pasukan PETA. Hal ini disokongSukarno yang baru saja dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia di mana beliau melihat ia sebagai peluang merombak pasukan ini menjadi suatu pasukan entara nasional berikutan tuduhan blok Sekutu bahawa Indonesia yang baru lahir hasil campur tangan Empayar Jepun.[1][2][3].Sehari kemudian, Leftenan Jeneral Nagano Yuichiro, panglima terakhir Tentera Keenambelas di Jawa, menyampaikan ucapan perpisahan.

Sumbangan dan peranan tentera PETA dalam perjuangan melawan penjajahan Jepun agak besar. Demikian juga peranan bekas tentera PETA dalam kemerdekaan Indonesia. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam PETA ialah bekas presiden Suharto dan Jeneral Besar Soedirman. Bekas Tentera PETA kemudian menjadi sebahagian yang penting dalam pembentukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) selepas pembentukan-pembentukan Badan Keamanan Rakyat (BKR), Tentera Keamanan Rakyat (TKR), Tentera Keselamatan Rakyat, dan Tentera Republik Indonesia (TRI). Untuk memperingati perjuangan Tentera PETA, sebuah tugu peringatan PETA di Bogor telah dirasmikan pada 18 Disember 1995.