Pemberontak_Perancis
Pemberontak_Perancis

Pemberontak_Perancis

Kelompok Pemberontak Perancis (Bahasa Perancis: La Résistance) berjuang menentang Jerman Nazi yang menduduki negara tersebut serta pihak Rejim Vichy yang bersubahat dengan relanya[2] semasa Perang Dunia Kedua. Kelompok ini terdiri daripada "sel" kumpulan kecil lelaki dan wanita bersenjata (dipanggil Maquis di kawasan pedalaman)[3][4] yang tidak sahaja merancang kegiatan perang gerila mereka tetapi juga menerbitkan akhbar rahsia yang membangkang pemerintahan Nazi, pemberi maklumat sulit serta mengawasi laluan keluar untuk pihak tentera Berikat dan penerbang tentera udara yang terperangkap di kawasan musuh.Golongan yang menyertai Pemberontak ini datang dari semua lapisan masyarakat, ekonomi dan fahaman politik di Perancis termasuk para imigran, golongan akademik dan pelajar, bangsawan, penganut Katolik Rom (termasuk paderi) dan juga rakyat yang berfahaman liberal, anarkis dan komunis.

Rujukan

WikiPedia: Pemberontak_Perancis http://www.spartacus-educational.com/FRresistance.... http://www.specialforcesroh.com/browse.php?mode=vi... http://userwww.sfsu.edu/epf/journal_archive/volume... http://www.globalarmenianheritage-adic.fr/fr/6hist... http://www.struthof.fr/en/the-european-centre/pres... http://www.freedomforum.org/publications/msj/coura... http://www.nwha.org/news_4Q2001/news_page5.html http://www.resistance-archive.org http://www.historylearningsite.co.uk/french_resist... https://web.archive.org/web/20040807175110/http://...