Pemberontakan_India_1857
Pemberontakan_India_1857

Pemberontakan_India_1857

Pemberontakan India 1857 atau turut dikenali sebagai Dahagi India merupakan penentangan terhadap kuasa barat (British) yang telah menjajah India pada abad ke-19. Dahagi India ini bermula dengan pemberontakan Sepoi/Supai, iaitu askar upahan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang berbangsa India, pada 10 Mei 1857 di kantonmen bandar Meerut. Ia kemudian merebak menjadi dahagi dan pemberontakan di kawasan dataran Gangga atas dan tengah India, dengan penentangan utama terjadi di kawasan yang kini ialah Uttar Pradesh, Bihar, utara Madhya Pradesh dan Delhi.[1] Pemberontakan ini menimbulkan ancaman besar terhadap kuasa SHTI di wilayah terbabit,[2] dan cuma terbendung dengan kejatuhan Gwalior pada 20 Jun 1858.[1] Pemberontakan ini juga dikenali dengan nama Perang Kemerdekaan India Pertama, Pemberontakan Besar, Pemberontakan Sepoi dan Dahagi Sepoi.Bagaimanapun, pemberontakan ini berjaya menyebabkan pembubaran SHTI pada 1858. Ia juga membawa kepada penyusunan semula tentera, sistem kewangan dan pentadbiran British di India.[3] Negara itu kemudian ditadbir secara langsung oleh The Crown sebagai Raj British.[4]