Penawanan Babylonia atau
pembuanganan ke Babylon dalam
sejarah Yahudi adalah zaman yang mana ramai
orang Yudea dari
Kerajaan Yehuda purba dipaksa berpindah ke
Babylonia oleh
Empayar Babylon Baru.
[1] Pengusiran berlaku dalam pelbagai gelombang: Selepas
pengepungan Baitulmuqaddis pada 597 SM, lebih kurang 7000 individu telah diusir ke
Mesopotamia. Lebih ramai lagi diusir selepas
kemusnahan Baitulmuqaddis dan
Kuil Sulaiman pada 587 SM.
[1]Dalam riwayat Alkitab, selepas
Pertempuran Karkemis pada 605 SM, raja Babylonia
Nebukadnezar II mengepung Baitulmuqaddis, yang kemudian menyebabkan raja Yudea
Yoyakim perlu membayar ufti.
[2] Pada tahun keempat pemerintahan Nebukadnezar II, Yoyakim enggan membayar lagi ufti, mencetuskan lagi
pengepungan kota itu pada tahun ketujuh pemerintahan Nebukadnezar II (598/597 SM) yang memuncak dengan kematian Yoyakim dan pembuangan pengganti baginda
Yekonia, seisi istana dan ramai orang ke
Babylonia; Pengganti Yekonia, Zedekia dan lain-lain dibuang negeri apabila Nebukadnezar II
memusnahkan Baitulmuqaddis pada tahun ke-18 (587 SM), dan pengusiran berlaku lagi pada tahun ke-23 pemerintahan Nebukadnezar II (582 SM). Walau bagaimanapun, tarikh, bilangan pengusiran, dan bilangan orang yang diusir berbeza-beza mengikut riwayat Alkitab.
[3][4]Alkitab menceritakan selepas
Empayar Babylon Baru jatuh ke kuasa
Empayar Hakhamaniyah dalam
Pertempuran Opis pada 539 SM, orang Yudea
dibenarkan oleh Parsi untuk
kembali ke Yehuda.
[5][6] Menurut
Kitab Uzair dalam Alkitab, pembinaan Bait Kedua di Baitulmuqaddis bermula s. 537 SM di Yehud Medinata, wilayah baru Parsi. Seluruh peristiwa ini penting dalam sejarah dan budaya
bangsa Yahudi dan telah banyak memberi kesan terhadap
agama Yahudi.
[1]Kajian arkeologi mendedahkan walaupun kota Baitulmuqaddis telah musnah, bahagian-bahagian lain Yehuda terus didiami semasa zaman pembuangan. Rekod sejarah dari Mesopotamia dan sumber Yahudi menunjukkan sebahagian besar penduduk Yahudi pilih untuk terus tinggal di Mesopotamia. Ini akhirnya menyebabkan pemapanan komuniti Yahudi yang agak besar di Mesopotamia, yang dinamakan <i id="mwQw">golah</i> (penyebaran), yang berterusan sehingga zaman moden.
[1] Masyarakat Yahudi Iraq, Yahudi Parsi, Yahudi Georgia, Yahudi Bukhara, dan Yahudi Gunung dipercayai datang daripada keturunan golongan yang dibuang negeri ini; banyak komuniti ini kini telah
berhijrah ke Israel.
[7][8]