Pengeboman_Delhi_2011

Pengeboman Delhi 2011 berlaku apabila sebuah beg bimbit meletup di Mahkamah Tinggi Delhi di Delhi, India pada 7 September 2011, membunuh 11 orang dan mencederakan 76 orang. Letupan ini adalah yang ke-30 di Delhi dan kedua tahun ini. Letupan berlaku di luar pintu pagar 5, jam 10:15 pagi.[2]Pintu Gate 5 menjadi sasaran ampuh kerana tidak adanya kamera CCTV. Pengimbas besi juga tidak berfungsi. Mereka yang cedera dan terbunuh dibawa ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), Ram Manohar Lohia Hospital, Safdarjung Hospital and Lok Nayak Jay Prakash Narayan (LNJP) Hospital.Televisyen India mengesyaki kumpulan militan Harkat-ul-Jihad al-Islami (HuJI) bertanggungjawab. Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat telah menyenaraikan HuJi sebagai kumpulan pengganas, dikaitkan dengan al-Qaeda. Pemimpinnya Ilyas Kashmiri berjaya ditembak mati oleh pasukan tentera marin Amerika Syarikat di selatan Pakistan pada Jun 2011. E-mel daripada HuJI menyatakan mereka membalas terhadap kematian rakyat Kashmir, Mohammed Afzal Guru pada 2004 kerana dikaitkan dengan Serangan Parlimen India 2001 pada Disember 2001.[3]Pada 5 September 2011, Persidangan Hurriyat yang diadakan di Srinagar,Kashmir meragui keadilan Mahkamah India yang telah menghukum gantung Afzal Guru. Wikileaks mendedahkan laporan kabel diplomatik AS yang mendakwa Afzal Guru tidak mendapat keadilan / pembelaan yang mencukupi.[4] Afzal Guru pernah menulis surat memohon penangguhan dan pengampunan daripada Presiden Pratibha Patil. Serangan itu berlaku semasa Perdana Menteri India, Manmohan Singh melawat Bangladesh selama dua hari bagi membincangkan Hubungan Bangladesh-India. Sebelum ini, serangan berlaku di Delhi pada 13 September 2008 yang membunuh 25 orang dan 150 cedera. Tiga letupan / serangan berlaku serentak di tiga tempat di Delhi iaitu di Karol Bagh, Connaught Place and Greater Kailash.[5]