Sejarah Penternakan_intensif

Amalan penternakan industri agak baru dalam perkembangan sejarah pertanian, apalagi hasil daripada penemuan saintifik dan kemajuan teknologi. Inovasi dalam bidang pertanian sejak hujung abad ke-19 rata-ratanya selari dengan perkembangan dalam pengeluaran besar-besaran dalam industri lain yang mencirikan zaman lewat Revolusi Industri. Penemuan vitamin dan peranannya dalam nutrisi haiwan pada dua dekad pertama abad ke-20, membawa kepada suplemen vitamin yang membolehkan ayam untuk diternak di dalam bangunan.[10] Penemuan antibiotik dan vaksin membantu peternakan besar-besaran dengan mengurangkan penyakit. Bahan kimia yang dibangunkan untuk kegunaan dalam Perang Dunia II membuka laluan kepada racun serangga sintetik. Perkembangan dalam rangkaian perkapalan dan teknologi telah memudahkan lagi pengedaran hasil tani jarak jauh.

Pengeluaran pertanian di seluruh tumbuh empat kali ganda dari 1820 hingga 1975 untuk memberi makan satu bilion orang penduduk dunia pada 1800 dan 6.5 bilion orang pada tahun 2002.[11]:29 Dalam tempoh yang sama, bilangan orang yang terlibat dalam pertanian menurun apabila pertanian menjadi lebih automatik. Pada tahun 1930-an, 24 peratus daripada penduduk Amerika bekerja dalam pertanian berbanding 1.5 peratus pada tahun 2002; pada tahun 1940, setiap pekerja ladang membekali 11 orang pengguna, sedangkan pada tahun 2002, setiap pekerja membekali 90 orang.:29

Menurut BBC, zaman pertanian cara kilang per se di Britain bermula pada tahun 1947 apabila Akta Pertanian baharu memberikan subsidi kepada petani untuk menggalakkan peningkatan keluaran dengan memperkenalkan teknologi baharu untuk mengurangkan pergantungan Britain kepada daging import. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mencatatkan bahawa "pengintensifan pengeluaran haiwan dilihat sebagai cara menjamin bekalan makanan."[12] Pada 1966, negara-negara berindustri seperti Amerika Syarikat dan UK memulakan penternakan lembu dan babi secara kilang. Dari Amerika dan Eropah Barat, penternakan kilang telah diglobalkan pada akhir abad ke-20 dan masih lagi meluas dan menganti amalan penternakan lama di semakin banyak negara.[13] Pada 1990, penternakan cara kilang mengeluarkan sebanyak 30% bekalan daging sedunia dan pada 2005 pula meningkat hingga 40%.

Rujukan

WikiPedia: Penternakan_intensif http://animalscience.ucdavis.edu/faculty/zinn/pdf/... http://www.oecd-ilibrary.org/agriculture-and-food/... http://www.unsystem.org/SCN/archives/scnnews21/ch0... //en.wikipedia.org/wiki/John_Steele_Gordon //en.wikipedia.org/wiki/Meat_Atlas //en.wikipedia.org/wiki/Milo_Hastings http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/1046184.stm http://www.environment-agency.gov.uk/commondata/10... https://books.google.com/books/about/Dominion.html... https://www.foeeurope.org/sites/default/files/publ...