Penyerangan pertama Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa
Perang Korea bermula pada 15 September 1950, dengan
Kor X A.S., dibawah Mej. Jen.
Edward M. Almond, membuat
serangan amfibia di Inchon, 150 batu dari utara garisan depan. Di selatan,
Tentera Darat Kelapan A.S., terdiri daripada tentera A.S., ROK, dan
British, menyerangbalas pada keesokkan harinya.
1 Wing Udara Marin menyediakan
sokongan udara bagi pendaratan di
Incheon manakala
Tentera Udara Kelima membantu
Tentera Darat Kelapan. Pada September 16, sebagai sebahagian daripada kempen pengeboman strategik, FEAF mengebom
Pyongyang, iaitu ibukota
Korea Utara, dan
Wonsan, sebuah pelabuhan pantai timur 80 batu dari utara
paralel ke-38.
Marin A.S. yang ditempatkan di Kor X menawan
Pangkalan Udara Kimpo berhampiran
Seoul pada 17 September. Dua hari kemudian
pengangkut kargo pertama FEAF mendarat disana, merasmikan angkutan udara 24 jam, membekalkan bahan bakar, dan anggota tentera. Pesawat
C-54 membawa pulang askar yang tercedera ke hospital di Jepun, dan pesawat
C-119 menggugurkan bekalan ke pasukan garisan depan. Cuaca buruk menghalang sokongan udara dekat Tentera Darat Kelapan, tetapi pada 26 September
Divisyen 1 Kavalri A.S. mara dari
Perimeter Pusan di utara
Taegu dan dalam masa sehari maju ke arah utara untuk bergabung dengan askar
Divisyen Ke-7 Infantri berhampiran
Osan, 25 batu dari selatan Seoul. Alat kawalan udara, menggunakan taktik yang serupa dengan yang dibangunkan di
Perancis semasa Perang Dunia II, mengiringi pasukan kemaraan kereta kebal, menyokong komander kereta kebal dengan
pengintipan udara, dan memanggil misi sokongan udara dekat sekiranya diperlukan. Pada 26 September
Jeneral Besar Douglas MacArthur mengisytiharkan penawanan semula Seoul, tetapi
pertempuran jalanan masih berterusan selama beberapa hari.Sepanjang bulan Ogos dan September 1950, sebelum penawanan semula Kimpo, semua unit udara FEAF terpaksa terbang dari pangkalan di Jepun. Satu-satunya pangkalan taktikal yang boleh digunakan di Korea adalah
Taegu (K-2), yang mana FEAF gunakan sebagai tempat untuk mengisi minyak dan melengkapkan senjata pesawat taktikal. Pada September 28 pesawat pengebom pejuang kembali ke Taegu secara kekal. Sewaktu tentera AS menghalau tentera Korea Utara dari Korea Selatan, para jurutera udara membina semula lapangan terbang, bermula dengan
Pohang, di pantai timur 50 batu dari timur laut Taegu. Unit-unit udara USAF kembali pada 7 Oktober ke Pohang dan ke lapangan terbang lain yang dibina semula di Kimpo, berhampiran Seoul, dan di
Suwon, 20 batu dari selatan Seoul.Pada September 27, Presiden Truman menyerahkan memorandum rahsia Majlis Keselamatan Negara, 81/1, kepada MacArthur yang mengingatkan beliau bahawa operasi di utara paralel ke-38 hanya dibenarkan jika “pada masa operasi itu tidak terdapat tentera Soviet atau Komunis China masuk ke Korea Utara, tiada pengumuman masuk, atau ancaman kepada operasi ketenteraan kita…” Pada 30 September, Setiausaha Pertahanan George Marshall menghantar mesej kepada MacArthur yang mengarahkan beliau “Kami ingin anda merasa lapang secara taktikal dan strategik untuk mara ke arah utara paralel ke-38.”
[1]Disokong oleh
resolusi PBB, Presiden
Harry S. Truman mengarahkan
Ketua Turus Bersama A.S. untuk membenarkan pemburuan tentera Korea Utara yang sedang berundur, dan pada 9 Oktober Tentera Darat Kelapan menyeberangi paralel ke-38 berhampiran
Kaesong. Tentera Amerika dan
Korea Utara memasuki ibukota Korea Utara Pyongyang pada 19 Oktober. Pesawat-pesawat
B-29 dan
B-26 FEAF turus mengebom laluan pengangkutan darat dan sasaran tentera di Korea Utara, manakala pesawat B-26,
F-51, dan
F-80 menyediakan sokongan udara dekat kepada pasukan darat. FEAF juga dilengkapi pengintipan fotografi, angkutan udara, dan
pemindahan medik udara. Sebagai contoh, pada 20 Oktober pengangkut askar tentera udara menghantar 2,860 askar paracut dan lebih kurang 301 tan kelengkapan dan bekalan digugurkan di zon
Sukchon dan Sunchon, 30 batu dari timur laut Pyongyang.
Askar airborne melangkaui pertahanan kuat yang didirikan oleh Korea Utara, dan diserang secara mengejut, tentera musuh meninggalkan posisi mereka untuk berundur jauh ke utara.
Bruce Cumings berpendapat bahawa pengunduran pantas KPA adalah strategik, dengan askar mereka meresap kedalam kawasan pergunungan dari mana mereka dapat melancarkan serangan gerila ke atas tentera PBB yang bertaburan di pantai.
[2]Sementara itu, di pantai timur Korea, tentera ROK menyeberangi paralel ke-38 pada 1 Oktober dan sepuluh hari kemudian menawan
Wonsan. Pada 26 Otober tentera Korea Selatan menghampiri
Sungai Yalu di
Chosan, 120 batu dari utara Pyongyang. Tentera komunis menyerangbalas dalam masa dua hari di sepanjang barisan ROK berhampiran Chosan, memaksa askar Korea Selatan berundur.
Republik Rakyat China memasuki konflik menentang
Tentera Darat Kelapan A.S. di barat Korea, dan Kor X A.S. di timur. Pada ketika ini, peperangan di Korea mengambil watak yang berlainan sama sekali apabila arus berubah melawan pasukan PBB.