Ancaman Penyu

Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka. Setiap tahun, populasi penyu yang mendarat untuk bertelur semakin berkurangan. IUCN meletakkan haiwan ini sebagai spesies terancam.

Pemburuan

Telur penyu yang dijual di pasar-pasar di Malaysia

Antara ancaman yang dihadapi oleh penyu adalah pemburuan daging dan telurnya secara haram, terutamanya di China, Filipina, India, Indonesia dan beberapa negara di Amerika. Dianggarkan 35,000 penyu dibunuh setahun di Mexico dan Nicaragua sehingga ada ahli pemulihara di Mexico dan Amerika Syarikat melancarkan kempen "Don't Eat Sea Turtle" untuk mengurangkan perdagangan produk haiwan ini.[10]

Serpihan laut

Serpihan-serpihan yang bersepah di laut menjadi ancaman paling besar terhadap penyu, terutamanya puing-puing plastik dan pukat-pukat jaring ikan yang disalahsangka oleh penyu sebagai obor-obor, atau makanannya. Serpihan yang dimakan ini akan tersangkut di perut apabila dimakan yang akan menyebabkan kematian haiwan ini.

Rujukan

WikiPedia: Penyu http://articles.latimes.com/2002/mar/14/local/me-t... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1523-... http://www.nmfs.noaa.gov/pr/species/turtles/ http://www.cms.int/en/legalinstrument/iosea-marine... http://www.bnm.gov.my/microsites/2011/banknotes/03... http://yosri.cwahi.net/FaktaHaiwanPenyu.htm http://www.defenders.org/sea-turtles/basic-facts //doi.org/10.1111%2F1475-4983.00322 http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/...