Pemuliharaan Penyu

Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu untuk menangani masalah kepupusan penyu.

Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksana, menyelia dan mengurus pelbagai program pemuliharaan di Malaysia sejak tahun 1990 hingga kini. Antara penyu yang dikenalpasti mendarat di perairan Malaysia ialah Penyu karah, Penyu hijau, Penyu belimbing dan Penyu lipas. Penyu-penyu ini dilindungi oleh akta dan enakmen negeri sepenuhnya.[11]

Selain itu, kerajaan Negeri Sabah juga telah mewartakan sebuah taman marin, iaitu Taman Laut Pulau Penyu (TPPP) yang merangkumi Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisaan sebagai kawasan pendaratan dan pembiakan penyu sejak 1979. Sehingga kini, sebanyak 16 juta anak penyu telah dilepaskan ke laut menerusi program konservasi yang dijalankan.[12]

Malah, Malaysia juga terlibat menandatangani Memorandum Persefahaman pada tahun 1966, 1997 dan 2011[13] dengan negara-negara ASEAN serta negara-negara rantau Asia lain bagi mengatasi masalah ancaman populasi penyu pada peringkat global.

Sebagai usaha mendidik dan menghayati akan usaha pemuliharaan spesies-spesies ini, ilustrasi dua ekor penyu yang biasanya dijumpai di perairan Malaysia, iaitu Penyu karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu belimbing (Dermochelys coriacea), dipaparkan pada wang kertas RM20[14]

Rujukan

WikiPedia: Penyu http://articles.latimes.com/2002/mar/14/local/me-t... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1523-... http://www.nmfs.noaa.gov/pr/species/turtles/ http://www.cms.int/en/legalinstrument/iosea-marine... http://www.bnm.gov.my/microsites/2011/banknotes/03... http://yosri.cwahi.net/FaktaHaiwanPenyu.htm http://www.defenders.org/sea-turtles/basic-facts //doi.org/10.1111%2F1475-4983.00322 http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/...